JAJARAN
Prinsip saya konsisten. Saya undi untuk negara bukan untuk
parti. Saya undi bersama ramai pengundi atas pagar lain pada PRU14, kerana nak
jatuhkan Kleptokrat. Bagi UMNO rehat sebentar cuci parti mereka. Belajar jadi
pembangkang juga. Tapi ini tak berlaku.
Tak sampai 2 tahun, mereka naik jadi Kerajaan. Adakah tambah
baik? 17 and 15 bulan tu bukan saja ekonomi makin teruk tapi isu kaum dan agama
yang diratib dulu pun tak settle. Nampak sangat sandiwara mereka nak kuasa.
Kesimpulannya, UMNO tak cukup masa direhatkan. Ada kemungkinan
lepas PRU15 nanti Klepto akan buat come back. Jadi elok, satu penggal lagi
mereka perlu direhatkan. ABU lagi ini penggal.
Sekarang tengah kecoh, mengenai jajaran baru PH dan BN. Ada
orang mintak saya komen.
Pandangan saya, it would be NAIVE for PH to believe that BN akan
buat jajaran baru dengan mereka. Tengok apa yang terjadi masa TS Muhy jatuh.
Mereka offer nak gabung, tapi kena backlash dari akar umbi. No way Zahid
berani.
Pada saya, ia hanya diversion UMNO. Mereka tahu kalau one-to-one
Pembangkang boleh dapat 2/3 majoriti. Kalau ada 2 cornered, mereka akan bungkus
tepi. UMNO being UMNO takkan boleh terima.
Pada saya, kalau betul la UMNO reach out to PH untuk buat pact,
hanya red herring untuk pecah undi. Tujuan nya untuk mereka boleh tubuh
Kerajaan Simple Majority dengan GPS dan GRS. BN hanya perlu 70 seat saja.
Borneo akan bantu mereka.
Jadi apa guna PH di situ? Pada saya lagi afdal, kalau tak cukup
mereka mintak PAS bergabung. Tu lagi tak berisiko.
So kalau orang PH nak percaya la BN ni baik belaka, think twice.
Macam mana Kluster Mahkamah jatuhkan 3 PM sekali. Mereka lah pengkhianat mandat
rakyat. Dah kalah boleh jadi Kerajaan pula.
Semalam, RPK keluarkan tuduhan, ada pakatan PH-BN ini dan tuduh
Zahid terima duit LCS RM66 juta. Tapi kita tak tahu betul ke tak. Pakcik ni
memang terkenal sebagai Raja Fitnah.
Makanya, untuk selesaikan semua itu, saya cadangkan DS Anwar
Ibrahim dan LGE keluarkan kenyataan. Tiada pakatan dengan Zahid selepas PRU.
Rafizi dulu champion kita untuk kes LCS. Makanya, kita tengok
juga kalau Rafizi akan siasat dan hentam dakwaan rasuah Zahid tu.
Kalau mereka senyap saja, kita tahu la ada benda tak kena.
Saya tengok banyak juga penyokong PKR tak kisah gabung dengan BN
Kluster Mahkamah ni. Dulu seingat saya, mereka kata kes LIWAT2 kes fitnah
politik. Tapi yang PM masa tu ialah DS Najib. Adakah sekarang DS Najib dah suci
belaka, kerana ada pact ini? Sanggup mereka bersekongkol pula?
Kita boleh sokong Anwar Ibrahim untuk tumbangkan musuh nombor
satu negara. Kluster Mahkamah. Namun perkara ini perlu penjelasan segara.
Denounce it. Supaya pengundi tak tertipu lagi.
Salam hormat,
Liyana Marzuki