FREQUENT ASKED QUESTION (FAQ) OLEH ORANG MUDA

 

FREQUENT ASKED QUESTION (FAQ)

OLEH ORANG MUDA

S1. Kenapa orang cakap kalau UMNO buat PRU masa banjir, UMNO pikir mereka boleh menang. Bukan ke kalau orang tak boleh mengundi termasuk juga penyokong mereka?

J: UMNO merupakan parti paling tua dan paling besar. Oleh itu, parti ini punya ahli parti dan penyokong tegar paling ramai berbanding parti2 lain. Pengundi tegar mereka juga banyak dari masyarakat setempat: kampung2 dan di FELDA2. Pengundi pembangkang pula ramai pengundi luar, yang berhijrah ke bandar2.

UMNO tahu kalau mereka buat masa musim banjir, pengundi luar yang kebanyakan bukan penyokong

mereka akan pikir dua kali nak balik mengundi. Makanya mereka akan senang menang nanti.

Sama saja trick Undi hari Rabu yang dibuat pada PRU14 hari tu.

*****************************************************

S2: Saya menyampah dengan parti politik. Mereka semua sama saja. Jadi, kalau saya putuskan taknak keluar undi, ada masalah pula? Suka hati sayalah.

J: Ya, Semua parti politik lebih kurang sama perangai. Tapi ada yang mudarat kecil dan mudarat besar kepada negara. Itu kita kena pandai menilai.

Kena ingat, kita mengundi bukan untuk menangkan parti dan pemimpin. Kita undi untuk kebaikan negara. Kalau kita tahu ada parti atau pemimpin yang kita tahu korup dan jahat boleh menang besar dan banyak, boleh mudarat kan negara, kita patut undi wakil rakyat Pembangkang yang kuat untuk sembangi mereka.

Ingat, no vote from us, is one vote to them. Kalau ramai pengundi atas pagar tak keluar mengundi, yang tinggal untuk mengundi hanya penyokong taksub parti. Makanya, parti yang punya ramai penyokong taksub yang akan menang nanti.

Kalau anda tak keluar mengundi, anda sebenarnya ikut naratif yang mereka nak. Mereka memang taknak pengundi keluar mengundi dengan ramai. Kalau boleh nak peratusan keluar mengundi rendah.

Makanya, kalau anda tak keluar mengundi, anda bantu mereka untuk menang. Itu yang mereka nakkan.

You can give up on politicians and parties. But never ever give up on our country.

*****************************************************

S3: Puan patut masuk bertanding. Masuk la parti apa pun. Kenapa puan taknak bertanding?

J: Kalau saya bertanding dan masuk parti, saya kena ikut acuan parti. Saya akan bias dan nak menangkan parti saya. Saya akan delusional dan susah nak nampak bigger picture.

Perjuangan saya bukan untuk parti. Perjuangan saya untuk anak2 saya. Mana paling baik untuk mereka. Dan masa depan negara. Itu yang saya nak.

Saya percaya kita semua pun sama. Kita nak Malaysia yang bermaruah dan sejahtera. Maka kita kena lantik, parti yang kita rasa paling kurang mudarat, untuk memerintah Malaysia.

#malaysiamestimengundi #PRU15

Salam hormat,

Liyana Marzuki

NB: In solidarity with NGO, #MyVoiceMalaysia

 

No comments: