KAU BERTANDING PUN KALAH..BERANI TANDING DI SHAH ALAM ? ..TAMBAH TAMBAH DI SHAH ALAM...KELANTAN TERENGGANU PUN BELUM TENTU...ORANG KALAU BUSUK PERUT MANA BOLEH MENANG

 

Ramuan orang lain, takkan saya nak masakkan, Zuhdi tolak tanding bawah BN.




Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Zuhdi Marsuki dedah ada
 ditawarkan untuk bertanding mewakili BN di Parlimen Shah Alam.

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Zuhdi Marsuki mendedahkan beliau ada ditawarkan untuk bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Shah Alam pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, beliau menegaskan tawaran itu terpaksa ditolak kerana telah mengisytiharkan untuk “berehat” pada PRU kali ini.

“Tiada..tak betul, tak betul (bertanding bawah BN), tetapi ada orang calonkan saya (di Shah Alam) tetapi saya tolak kerana saya dah isytihar untuk tidak bertanding,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, tidak timbul beliau bertukar “payung” kerana masih setia bersama parti dan terus istiqamah dengan perjuangan PAS, malah berikrar akan terus membantu memenangkan calon yang diangkat parti.

“Ramuan orang lain, takkan kita nak masakkan, kalau kita letak ramuan di situ nanti orang tak terima jadi kita bagilah orang lain masak,” katanya.

Terdahulu, tersebar senarai pemimpin PAS yang akan bertanding menggunakan tiket BN pada PRU15, menjelang beberapa jam sebelum pengumuman calon gabungan itu malam ini.

Zuhdi yang dikenali sebagai pemimpin pro Muafakat Nasional (MN) – gagasan penyatuan ummah antara PAS dan Umno – sebelum ini pernah mencadangkan agar 27 kerusi berisiko untuk jatuh ke tangan Pakatan Harapan dinamakan sebagai “kerusi MN”.

Katanya, ia bagi memastikan tiada pertembungan antara Umno dan PAS di kerusi berkenaan.

No comments: