TAKUT TAK PUNYA JNTERA : MUHYIDDIN MASIH HARAP BERSAMA PAS-PAS PULA RELA MELUTUT DIKAKI UMNO


 

Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN


Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin PAS akan kekal bersama gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Selepas bermesyuarat selama lima jam di ibu pejabat gabungan itu untuk membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya, Muhyiddin menegaskan PAS tidak akan berputus asa dalam perkara ini.

“Insya-Allah, kami tidak akan berselisih,” katanya menurut MalayMail.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut hadir pada mesyuarat PN hari ini berikrar untuk taat setia kepada gabungan itu.

Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata masih terdapat perbincangan dengan UMNO di beberapa kerusi bagi memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak akan menang di kawasan tersebut.

“Tiada pilihan, kami sebahagian daripada PN. Cuma kami juga membincangkan beberapa kerusi di mana kami fikir kami boleh mencari kata sepakat dan mengelakkannya daripada jatuh ke tangan PH,” kata Tuan Ibrahim.

Terdahulu hari ini, Muhyiddin mengadakan mesyuarat dengan pemimpin parti komponen PN untuk membincangkan persiapan menghadapi PRU-15, termasuk persiapan menyediakan manifesto pilihan raya.

Bagaimanapun, Istana Negara dalam kenyataan setelah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadap Yang di-Pertuan Agong hari ini berkata, tiada perbincangan mengenai pembubaran Parlimen dibangkitkan.

“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara, hari ini.

“Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka Baginda untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama YAB Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan,” kata kenyataan itu.



No comments: