PRU 15 - APA KEMUNGKINAN?

 


Mungkinkah Kebawah Duli Tuanku YDP Agong akan menolak nasihat PM bagi membubarkan parlimen atas faktor2 berikut?

1. Memasuki musim tengkujuh. Mencacatkan amalan demokrasi jika diadakan PRU kerana sekiranya banjir berlaku di beberapa tempat, maka ianya dilihat menidakkan hak rakyat untuk keluar mengundi.

2. Apakah PM telah berjaya menunaikan janjinya kepada Agong sewaktu mengangkat sumpah untuk menjadi PM dahulu iaitu tugas utamanya adalah tangani Covid dan pulihkan ekonomi? Berapa peratuskah kejayaan yang telah beliau capai setakat ini?

3. Terdapat banyak bantahan oleh hampir kesemua parti politik kecuali Umno bahkan dari NGO2 serta rakyat yang tidak mahu mengambil risiko menghadapi PRU sewaktu musim tengkujuh. Difahamkan, kabinet sendiri tidak pernah bersetuju untuk diadakan PRU dalam masa terdekat ini.

Persoalannya, adakah Agong wajib menerima nasihat PM? Sejarah pernah membuktikan sebelum ini Agong pernah menolak nasihat PM iaitu sewaktu Muhyidin selaku PM dahulu menasihatkan Agong untuk mengistiharkan darurat. Nasihat PM ditolak.

Jika diikut semangat konvensyen atau moral, seseorang PM yang menasihati Agong tetapi nasihatnya ditolak, maka wajarlah PM itu meletakkan jawatan kerana dianggap telah hilang kepercayaan dari Agong. Namun, Muhyiddin waktu itu tebal kulit muka dan gagal mematuhi semangat tersebut. Apakah ianya bakal berulang lagi?

Rakyat harus melihat kesemua ini. Tidak masuk akal seorang PM yang entah cukup atau tidak lagi majoritinya sekarang tanpa rasa bersalah mahu mendera rakyat dengan mengadakan PRU waktu musim tengkujuh hanya kerana seorang dua manusia yang bermasalah di mahkamah mahu adakan PRU?

Jika ini benar-benar berlaku, rakyat berhak menghukum PM dan partinya kerana langsung tidak bertanggungjawab dan hanya mementingkan diri dan parti masing-masing.

WFAUZDIN NS

 

No comments: