YB..UNTUK RAKYAT TAK BOLEH BERI BANYAK..UNTUK KAWAN KAWAN PERLU DIBERI BANYAK SEBAB TOLONG KAWAN KAWAN

 

RM200 sebulan untuk golongan miskin lebih baik daripada ‘bailout’ Sapura, kata ahli Parlimen





Ada dalam kalangan berpendapatan rendah daripada kumpulan B60 hanya makan sekali sehari, kata Charles Santiago.

GEORGE TOWN: Berbilion ringgit yang mungkin digunakan bagi menyelamatkan syarikat dibelenggu hutang, Sapura Energy Berhad (SEB), lebih baik disalurkan kepada golongan miskin sebanyak RM200 sebulan demi mengelak mereka berdepan krisis kelaparan.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, berkata kerajaan tidak boleh menggunakan alasan kekurangan dana untuk membantu kumpulan B60 yang sedang bergelut, sekiranya sanggup mempertimbangkan membelanjakan berbilion ringgit untuk syarikat itu.

SEB, pada satu ketika berperanan sebagai syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas kedua terbesar dunia, kini menanggung hutang RM10.3 bilion dan di ambang muflis. Kerajaan pusat dilaporkan sedang mempertimbang menyedia “pakej bantuan” dan geran untuk disalur kepada syarikat bermasalah itu.

Santiago ketika mengulas lanjut berkata, wang berjumlah berbilion ringgit boleh disalurkan secara bersasar menerusi bantuan tunai bulanan kepada semua keluarga kumpulan B60.

“Kita beri setiap keluarga susah RM200 sebulan sebagai cara membantu mereka menangani krisis bekalan makanan yang dibimbangi mencetuskan krisis kelaparan termasuk peningkatan kos sara hidup,” katanya.

“Saya syak peningkatan kos makanan menyebabkan kumpulan B60 mengurangkan pengambilan makanan harian kepada satu hidangan sahaja dalam sehari,” katanya merujuk kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 60% terendah.

Kurangnya hidangan akan menyebabkan kanak-kanak daripada kumpulan B60 mengalami masalah nutrisi, sekali gus mengganggu prestasi mereka di sekolah.

Santiago juga menggesa kerajaan negeri dan majlis tempatan membuka tanah tidak digunakan bagi rakyat menanam sayur-sayuran dan tuaian cepat membesar.

Ladang sayur boleh dibenarkan dibuka sebagai langkah kecemasan di kawasan kosong yang sudah lama tidak dibangunkan milik persendirian, sebagai contoh kawasan tanah milik pemaju perumahan yang tidak membangunkan tanah mereka.

Kerajaan pusat juga perlu memberi subsidi kepada penternak ayam termasuk kepada peladang sayur agar harga makanan ruji seperti ayam dan sayur-sayuran kekal berpatutan bagi kumpulan B60, katanya.

No comments: