"Perlu saya katakan di sini bahawa sebenarnya dalam pembelaan kami, ia telah menjadi sukar bagi kami mengemukakan pembelaan yang terbaik.
“Ia kerana pembelaan kami, yakni pembelaan yang menyatakan kebenarannya, bahawa Dato' Sri Najib sendiri adalah mangsa penipuan, dan beberapa representasi salah oleh orang seperti Jho Low dan Nik Faisal Ariff Kamil dan beberapa penyangak dalam kalangan pegawai bank seperti Joanna Yu dan lain-lain pengurusan kanan SRC,” katanya dalam jawapan terhadap hujah yang dikemukakan pihak pendakwaan.