HUSAM MUSA : BEBAN KEWANGAN RAKYAT DARI KEGAGALAN AKSB

 






Kita belum melihat jumlah kerugian wang dari kegagalan TELAGA JEJARI AKSB mencapai kapasiti seperti tujuan asal. Telaga siap, wang habis, kapasiti kurang. Berapa nilai kerugian?

Hari ini mari kita lihat dulu beban kewangan ditanggung Rakyat atas kegagalan Aksb. Dari kaca mata pengguna.

Bila tekanan air rendah, pengguna ada dua pilihan.

Pertama, memasang tangki untuk simpanan air.

Kedua, memasang pam untuk 'menghisap' air bertekanan rendah dari paip retikulasi Aksb.

Jika air terus bermasalah, mereka beralih kepada membuat telaga tiub sendiri di rumah masing-masing.

Itu sebab bilangan akaun pengguna Aksb menurun atau rendah.

Kita cuba lihat kos atas pilihan pertama tadi - memasang tangki tambahan di rumah masing-masing.

Jika tekanan air tinggi, memasang satu tangki di tempat yang lebih tinggi sudah mencukupi.

Jika tekanan air Aksb rendah - tangki atas bumbung rumah tak dapat diisi.

Pengguna terpaksa memasang satu lagi tangki bawah iaitu tangki atas tanah (suction tank) dan pam. Air akan dipam dari tangki bawah ke tangki satu lagi di tempat yang lebih tinggi tadi.

Kos tambahan ialah seperti berikut :

a) Beli tangki 250 gelen : RM 350. Jika dua tangki : RM 700

b) Bola tangki RM 30. Jika dua : RM 60

c) Pam air RM 550 (Hitachi)

d) Pemasangan paip dan tangki : RM 100

e) Pemasangan pam dan letrik: RM 100

f) Bil letrik purata RM 100 sebulan

g) Penyelenggaraan purata RM 10 sebulan

Jadi :

a) Kos permulaaan : RM 1,130 atau RM 1,540

b) Perbelanjaan berulang bulanan : RM 110

Tak fasal-fasal penguna terpaksa menanggung beban kewangan yang tak sepatutnya.

Setiap bulan, selain dari bil air Aksb, terpaksa pula menanggung tambahan bil elektrik.

(Nota: harga di atas adalah anggaran berdasarkan temu bual dengan kontraktor pemasang dan pengguna terlibat.

Aksb sudah menjadikan perkara ini syarat permohonan bekalan air kepada pemaju perumahan di kawasan bermasalah).

Aksb@Kerajaan Kelantan tolong tengok-tengok kan.

Urus Aksb dengan profesional, telus dan beramanah. Kurangkan kerugian dan projek membazir. Fikirkan solusi yg tepat dan bukan impromptu sehingga menemui kegagalan.

Jangan wang habis, masalah air tak selesai.

Husam Musa

21 Syawwal 1443H

22 Mei 2022