Pemuda AMANAH tempelak Aziz Bari tak hormat jawatankuasa perundingan kerusi PH

 

Pemuda AMANAH tempelak Aziz Bari tak hormat jawatankuasa perundingan kerusi PH


Pemuda AMANAH Negeri Perak ingin membuat teguran kepada pimpinan Pakatan Harapan di semua peringkat agar menghormati mandat yang diberikan oleh kesemua parti anggota dalam Pakatan Harapan terhadap Jawatankuasa Perundingan Kerusi yang ditubuhkan dalam menguruskan hal pembahagian kerusi.

Kenyataan terbuka yang bersifat peribadi harus dielak supaya proses perundingan dihormati dan semua parti dapat menjaga keharmonian dengan membawa apa sahaja isu berkaitan dalam mesyuarat rasmi jawatankuasa tersebut.

Berkenaan kenyataan YB Abdul Aziz Bari yang berhasrat untuk menawarkan diri bertanding di parlimen Tambun, kami menganggap ia adalah hasrat peribadi dan tidak mengikat PH Perak untuk membuat keputusan tersebut.

Sebagai Ketua Pembangkang negeri Perak, kami berharap YB Abdul Aziz Bari memberi tumpuan lebih besar kepada usaha memperjuangkan isu-isu negeri dalam melonjakkan sokongan kepada PH Perak.

Mengenai calon, PH Perak mempunya ramai calon berkelayakan dan mempunyai merit yang baik untuk bertanding melawan siapa sahaja yang diletakkan oleh pihak lawan termasuk di Parlimen Tambun.

Sudah semestinya sebagai sayap Pemuda, kami akan berusaha untuk meletakkan calon yang lebih bertenaga di setiap kerusi dalam PRU-15 dan berupaya memberi kemenangan kepada Pakatan Harapan.

KHAIROL NAJIB HASHIM
Ketua Pemuda
AMANAH Negeri Perak

No comments: