DEFENCE SECURITY ASIA) – Sebagaimana yang telah pun diumumkan sebelum ini, syarikat Korea Aerospace Industries (KAI) menawarkan pakej pemindahan teknologi yang amat menarik sekiranya Malaysia memilih pesawat FA-50 sebagai pesawat Fighter Lead In Trainer/Light Combat Aircraft (FLIT/LCA) untuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Antara tawaran pemindahan teknologi yang amat menarik itu melibatkan mewujudkan kemudahan pemasangan akhir pesawat-pesawat FA-50 itu di Malaysia sekiranya negara menjadikan pesawat hasil usahasama antara syarikat Korea Selatan dengan Lockheed Martin daripada Amerika Syarikat itu menjadi pilihan.
Sekiranya Malaysia benar-benar memilih pesawat FA-50 sebagai pesawat FLIT/LCA pilihannya dan bertindak mewujudkan pusat pemasangan akhir (final assembly line) itu, dimanakah cadangan lokasi pusat pemasangan itu?