Rafizi dan Saifuddin bukan soal kelayakan tetapi kesesuaian

 

PENDAPAT

 

ADA beberapa WhatsApp dari orang tertentu yang bertanya saya siapa lebih layak untuk jadi timbalan presiden Keadilan. 

 

Mulanya saya malas untuk jawab atau ulas secara spesifik takut bias. Bagaimana pun untuk memberi sedikit pencerahan hendaklah saya bercakap di sini. Harap kemaaf. 

 

Sebenarnya soal layak, berdasarkan latar belakang pendidik, track record perkhidmatan dalam parti, kedua-duanya layak. Baik Rafizi, baik Saifuddin kedua-duanya ada jasa masing-masing kepada parti. 

Kedua-duanya pernah dan masih berada dalam parlimen, kita dapat melihat nada dan minda politik mereka semasa berbahasa dan mengeluarkan idea. Tetapi bagi saya soal kelayakan buat masa ini tidak penting. Yang paling utama ialah kesesuaianmatch

 

Sesuai yang saya maksud itu ialah siapa yang "tanggung" berada di belakang Anwar Ibrahim sebagai presiden. Presiden kini adalah Anwar Ibrahim. Sebagai presiden tentu Anwar mahukan orang yang serasi dengan gerak kerjanya. Kalau pun orang itu penuh dengan idea, tetapi, ia tidak serasi ia menyukarkan keadaan. 

 

Di sini semua orang kenal watak, sifat, cara Anwar berpolitik yang penuh diplomasi dan berprinsip serta terbuka. Nah orang seperti itulah yang sesuai untuk berada di belakangnya. Memilih pemimpin berbeza daripada itu ia akan menyusahkan Anwar. Apakah ada yang mahu melihat Anwar susah dan sudah menutup pintu ke Puterjaya untuknya? 

 

Secara ikhlas saya katakan, kalau presiden bukan sosok bernama Anwar, Rafizi Ramli adalah tokoh terbaik buat Keadilan untuk menobatnya jadi timbalan presiden. Dengan gaya dan sterteginya, bijak marketing Rafizi boleh mengocakkan kolam politik dengan teori ekonomi dan politiknya.

 

Buat masa ini dia popular dalam medsos. Tetapi dalam politik, popular tidak cukup, ia perlu dilengkapkan dengan ciri-ciri lain yang tidak kurang pentingya. Kita sudah dapat lihat, Anwar suatu masa lebih popular berbanding dengan sekalian tokoh yang ada, tetapi apa jadi dengannya. 

 

Populariti tidak menjadi pra syarat untuk naik ke atas. Masih ada kekuatan dan kehebatan lain. Saya tidak perlu ulas kenapa Rafizi dilihat tidak sesuai dengan Anwar. Anwar sendiri ada memberi bayangan secara simbolik tentang hal itu. Anwar sebut Rafizi sedikit keras. 

 

Perkara ini perlu difikir sebaik mungkin oleh ahli Keadilan semua. Usaha untuk meletakkan dua ekor harimau di atas sebuah bukit bakal menghuru harakan keadaan. Al hasilnya nanti bukan sahaja tidak membawa untung, tetapi membawa kerugian. 

 

Bukan sahaja semua tumbuh-tumbuhan dan kayukayan akan lunyai bila mereka bertarung, bukit pun boleh runtuh. Bolehkah dijamin Rafizi yang outspoken dan lancang itu tidak akan membantah Anwar? Beliau sendiri mengakui yang beliau tidak boleh kompromi dengan sesuatu yang dipeganginya sedangkan politik perlu seni diplomasi. 

 

Bagi saya, dengan populariti Rafizi yang ada kini beliau tidak sepatutnya bertanding sebagai timbalan presiden, tetapi beliau sepatutnya terus mencabar Anwar jadi jawatan presiden. Itu lebih relevan dan pantas. 

 

Sudah nampak cara Rafizi bergerak menunjukkan dia mahu berada di tempat itu suatu hari nanti, dan masa dicadangkan pada Piraum ke-16. Mungkin tempoh itu terbaik, tetapi lebih elok beliau cabar Anwar awal-awal lagi. 

 

Apabila beliau memilih untuk bertanding jawatazn timbalan presiden sekali lagi, beliau sudah tersalah memposisikan dirinya. Kesilapan ini bukan sahaja merugikan dirinya tetapi boleh memberi kesan buruk kepada parti Keadilan. 

 

Saya tidak dapat hendak bayangkan macam mana kalau Rafizi tewas nanti, apakah tidak mungkin dia bersama gerombolannya yang saya lihat sudah terpesona amat dengannya, akan bergerak bercanggah dengan inspirasi parti atau ahli yang kini berketuakan Anwar? 

 

Saya harap tidak. Tetapi sekali lagi saya nak kata, pengalaman mengajar kita dan sejarah selalu berulang walaupun dalam bentuk berbeza dan memberi natijah melukakan. Dan saya pernah menyifatkan Rafizi sebagai Hang Nadim, yang dibunuh kerana kebijakannya. Horas. Trims.