mmmmm....HANG HILANG DULU PE MANA ?

 

‘Tasek Gelugor kampung saya’, bekas KP SPRM sedia tanding PRU15



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
 (SPRM) Dzulkifli Ahmad mengagihkan 1.2 juta tan ikan kembung di
 Tasek Gelugor, Pulau Pinang hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifli Ahmad, tidak menolak bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) jika itu dikehendaki rakyat.

Ketika ditemui selepas mengagihkan 1.2 tan ikan kembung kepada lebih 1,000 penduduk, Dzulkifli berkata Tasek Gelugor dianggap sebagai “kampungnya” untuk beliau turun padang membantu.

“Saya dilahirkan di Kepala Batas, dekat sini (Pulau Pinang) sebelum bapa saya berpindah ke Tasek Gelugor. Jadi tempat ini juga merupakan kampung saya, sebab itu saya turun padang untuk bantu meringankan beban penduduk.

“Sama ada saya terlibat dengan pilihan raya atau tidak, saya akan terus berbakti kepada penduduk di sini kerana ini kampung halaman saya,” katanya dan menambah tidak terlibat dengan politik dan bukan ahli mana-mana parti politik,” katanya memetik laporan Bernama.

Dzulkifli merupakan penasihat Kelab Anak-anak Pulau Pinang.

Kawasan Parlimen Tasek Gelugor disandang Shabudin Yahaya selepas menang pada PRU14 dengan majoriti 81 undi, selepas menewaskan calon PKR dan PAS.

Pada 12 Feb 2019, Shabudin bersama lima lagi ahli Parlimen Umno melompat ke Bersatu selepas menang bawah tiket Barisan Nasional.

Selain Shabudin, lima ahli Parlimen itu membabitkan Hamzah Zainudin (Larut), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Abdul Latiff Ahmad (Mersing), Mohamad Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah).

No comments: