BARANG NAIK
1. Kalau diperhatikan
di media sosial, ramai yang mengeluh harga barang naik. Ayam tiada dalam
pasaran dek kerana penguasaha ayam seolah-olah mogok dengan Kerajaan. Ikan dan
daging pulak nauzubillah, harga dah sampai level kayangan.
2. Seperti biasa,
pentaksub parti politik, kalau rakyat marhein mengeluh, mana yang pro Kerajaan
akan defend Kerajaan habis-habisan. Tambahan pula peranan cybertroopers,
seboleh2 akan tenggelamkan isu dan maki siapa pun yang berani bersuara lain
daripada mereka.
3. Cytro2 politik
jenuh berperang di media sosial. Yang blok Kerajaan bangkitkan “masa kerajaan
Pakatan Harapan pun harga mahal”. Yang blok Pembangkang pula akan kecam
berjemaah, “Kerajaan sekarang tak boleh pakai”.
4. Sebagai pengundi
yang TIDAK hyperpartisan atau taksub parti, kita pun pening melihatnya. Tak
tahu mana satu nak percaya.
5. Pesan saya kepada
pengundi atas pagar. Data tak pernah menipu. Kalau nak tahu mengenai harga
barang, kita hanya perlu tengok data mengenai inflasi negara. Data Inflasi ini
menilai kuasa beli pengguna. Kalau tinggi nilai inflasi maknanya, harga barang
menaik. Kalau rendah maknanya harga barang menurun. Simple kan?
6. Makanya, saya
rujuk data daripada website Bank Dunia/ World Bank. Bank data paling berkaliber
yang kita boleh rujuk. Ia juga jadi rujukan kebanyakan ahli ekonomi. Marilah
kita bandingkan prestasi PH dengan BN dulu dan sekarang.
https://data.worldbank.org/indicator/FP.CPI.TOTL.ZG...
https://www.worlddata.info/asia/malaysia/inflation-rates.php
7. PH memerintah dari
tahun 2018-2020. Ini merupakan kadar inflasi negara ketika itu:
2018: 0.88%
(berbanding purata inflasi dunia 2.44%)
2019: 0.66% ( Dunia:
1.81%)
2020: -1.14% (Dunia:
1.23%)
Ini menunjukkan kadar
inflasi masa zaman PH memerintah Malaysia lebih rendah daripada purata inflasi
kebanyakan negara di dunia. Secara langsung menunjukkan, harga barang rendah
ketika PH memerintah Malaysia.
8. Mari kita lihat
pula data sebelum itu, ketika zaman Kleptokrat memerintah Malaysia
2014: 3.14% (Dunia
2.35%)
2015: 2.10% (Dunia
1.43%)
2016: 2.09% (Dunia
1.55%)
2017: 3.87% (Dunia
2.19%)
Ini menujukkan apa
tuan puan? Gebang harga barang murah ketika Penyamun memerintah Malaysia hanya
sembang kencang. Data menunjukkan kadar inflasi Malaysia lagi teruk daripada
kebanyakan negara di dunia.
9. Tahun 2021, ketika
kerajaan BN memerintah negara semula, kadar inflasi dari sekitar bawah 1%
(hanya 0.66 tahun 2019) sudah naik ke 2%. Tahun 2022 dan 2023 dijangka naik ke
2.2%-3.2% pula.
10. Makanya, dari
segi prestasi mengatasi kenaikan harga, data menunjukkan prestasi PH lagi baik.
Ketika tahun 2018-2019 pun kita dapat merasa sendiri, harga barang ketika musim
perayaan yang terkawal. Menampakkan Menteri buat kerja.
11. Ya, pentaksub dan
cytro politik akan buat pelbagai propaganda. Masa zaman lawan dia memerintah,
meroyan sakan kalau harga naik sekupang. Tapi bila geng dia memerintah, dia
suruh pulak rakyat bersyukur apa ada. Kalau ayam mahal, makanlah ikan kata
mereka pula...
12. Kita sebagai
pengundi kena selalu beringat. Jangan termakan propaganda. Saya selalu katakan,
sebagai pengundi, peranan kita adalah sebagai HAKIM bukan penyokong zombie.
13. Kerja kita, pilih
yang mana baik untuk NEGARA. Bukan hanya untuk satu bangsa dan agama. Bila
memilih, kita tengok semua data yang ada. Bandingkan dengan bijaksana. Tengok
merit dan demerit mereka.
14. Bila tiba
pilihanraya, barulah kita tunjukkan kuasa kita.
Walluhu a’alam.
Salam hormat,
Liyana Marzuki