Siapa yang kerja dengan aku, kalau beri kenyataan macam ni,
memang aku piat telinga dia. Sebab kenyataan begini akan berikan mesej yang
salah.
Memanglah beratus ribu ahli Puteri akan 'hilang' kerana
pertambahan umur. Tapi dengan adanya Undi 18, patutnya Puteri boleh cover
kehilangan itu.
Kenyataan begini membawa maksud yang Puteri tidak mendapat
sokongan anak muda. Bermakna wanita muda memilih parti selain UMNO atau kekal
tak berparti.
Tapi iyalah. Mungkin itulah hakikatnya. UMNO tak mampu tarik
minat anak muda. Cuma bergantung kepada undi daripada warga emas sahaja.
Kerana anak muda lebih memahami situasi politik semasa. Dan ini
perkhabaran yang baik. Maknanya UMNO sedang di hujung usia. Tunggu masa untuk
dikapankan. Guane boh?
.