KALAH SEMUA PARTI PERNAH KALAH..HATTA UMNO PUN KECUNDANG WALAU BERPULUH TAHUN. APA YANG ORANG MENGUTUK IALAH MENYONDOI UMNO....

 

PAS baharu masuk ‘gear satu’; biasa kalah, kata Hadi.Kah..kah...gear 4 ka 5 ka sapa peduli. orang kutuk sebab menyondoi umno dan tamak nak main dua kolam. bila umno tolak, mula la merapu...woi  sudah la....temberang saja kuat.





PAS tidak takut akan kekalahan meskipun bukan sebuah parti yang
 kaya, menurut Presidennya Abdul Hadi Awang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Abdul Hadi Awang sekali lagi mengitar kenyataan PAS sudah ‘biasa kalah,’ dan menyifatkan parti lawan yang sering menang sebagai “lemah lutut” apabila tewas.

PAS tidak takut akan kekalahan meskipun bukan sebuah parti yang kaya, menurut Ahli Parlimen Marang itu yang menerajui PAS sejak 2003.

“Kita biasa kalah. Dia (parti lain) yang selalu menang, apabila kalah sekali ‘lembik lutut’. Jangan berasa hina jika melihat musuh kamu dalam keadaan begitu, mereka sakit, berasa takut, takut kalah,” kata beliau, dipercayai merujuk kepada kekalahan Umno-Barisan Nasional pada PRU lalu.

“Kita tidak takut, kita terus langsungkan perjuangan sehingga akhir hayat,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Pada pilihan raya negeri (PRN) Johor baru-baru ini, PAS hanya memenangi satu kerusi daripada 15 kerusi ditandinginya, manakala tewas semua kerusi pada PRN Melaka Nov lalu.

Hubungan PAS-Umno menjadi lebih tegang setelah parti itu bergabung dengan Bersatu bagi menentang Umno-BN di Melaka dan Johor.

Hadi tidak merujuk secara khusus kepada kekalahan teruk di dua PRN itu namun menyifatkan PAS sebagai baharu dalam “gear satu” apabila menerajui kerajaan negeri iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, selain membentuk kerajaan pusat dengan parti lain.

“Ini baharu satu permulaan. Kita baharu berada dalam ‘gear’ satu bagi sebuah kenderaan belum lagi masuk ‘gear’ kelima,” katanya.


No comments: