AKHIRNYA WARISAN KECUNDANG SEBAGAI PEMBANGKANG.SIKAP PARTI NYAMUK MEMANG SEBEGITU.... . KAH..KAH

 

Warisan tak tolak kerjasama dengan GRS, BN, kata Shafie




Shafie Apdal (duduk tengah) berkata, parti sedia pertimbangkan
 menentukan kerjasama dengan pihak mana menjelang pilihan raya
 umum. (Gambar Warisan)

KOTA KINABALU: Warisan bersifat terbuka dalam memilih pakatan politik menjelang pilihan raya umum (PRU15) akan datang.

Presidennya, Shafie Apdal berkata, ini termasuk bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN), jika perlu.

Bekas Ketua Menteri itu berkata, perkongsian pintar adalah penting berikutan keputusan pilihan raya negeri (PRN) Melaka, Sarawak dan Johor.

“Semua pilihan ada. Kami tidak menutup pintu kepada sesiapa,” katanya di ibu pejabat parti di Kolombong dekat sini hari ini.

“Ini kerana kami tahu ia bukan mudah untuk bergerak secara solo. Kita mesti memastikan kita boleh mengadakan perkongsian pintar, bukan sahaja untuk parti tetapi juga untuk menjaga kepentingan rakyat Sabah.

“Kami akan meneroka semua bidang, termasuk sama ada mempunyai konsep seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS), yang tidak bergabung dengan mana-mana parti tetapi hanya bekerjasama rapat dengan kerajaan hari ini di Putrajaya.”

Shafie berkata, Warisan perlu berhati-hati memilih pakatan politik kerana tidak ada gunanya bekerjasama dengan parti atau gabungan yang akhirnya hanya akan melemahkan parti sendiri.

Katanya, tidak salah bekerjasama dengan parti yang telah dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya.

“Kami meneliti cara terbaik untuk menyatukan rakyat Malaysia secara keseluruhan kerana Warisan adalah parti berbilang kaum,” tambahnya.

Shafie bagaimanapun mengakui, Warisan perlu mengukuhkan partinya terlebih dahulu di Sabah dengan bersiap sedia menghadapi PRU15.

Mengenai langkah Naib Presiden PKR Rafizi Ramli untuk bertanding jawatan no 2 parti itu, Shafie berkata ini adalah “peremajaan progresif kepimpinan” dalam parti pimpinan Anwar Ibrahim.

“Itu hak dia. Jika anda benar-benar mahu melakukan reformasi, peremajaan kepimpinan mesti ada,” katanya.


No comments: