ISMAIL SABRI BAKAL PECAH REKOD MUHYIDDIN

NORMAN RADZUAN


10k KWSP… PRU15 seperti tidak dpt ditunda lagi

ISMAIL SABRI TIDAK MAMPU TAHAN DESAKAN

Keputusan PRN Sabah, Melaka, Sarawak dan Johor memberi keyakinan tinggi kpd BN utk PRU15. Jika saya sebagai org politik saya juga akn bertindak dgn cara yg sama.

Sebab apa? Pembangkang sdg lemah… perpecahan pembangkang ketika ini memudahkan BN tanpa perlu Muafakat Nasional kembali menjadi kerajaan. Dlm peperangan, perniagaan apatah lagi politik peluang terhidang mesti diambil segera ibarat dlm badminton bola tanggung mesti dibalas pukulan smash.

Semalam KWSP RM10k diumumkan. Ia petanda jelas PRU15 semakin hampir. Pemberian tersebut tak kiralah apa warna parti samada kerajaan atau pembangkang semua gembira mcm pengumuman esok hari raya.

Maka lupalah bicara soal MB Johor, 1MDB di kalangan org Melayu sb April ini org Melayu boleh balik kampung berbuka puasa dgn keluarga dan ada duit raya menjelang hari raya. Itulah hebat seni politik UMNO yg parti berprinsip kata itu ‘gula2’ politik.

Malam tadi saya berbual dgn rakan media yg bekerja di sebuah stesen TV. Seperti ramai rakan2 media yg saya kenali mereka bukan penyokong PH. Rata2 penyokong BN sb itulah ramai mereka dilantik berkhidmat dgn beberapa kementerian.

Antara dialog kami ….

RMedia: Man pembangkang kena bersatu kalau nak kalahkan BN.

Norman: Tak baca artikel aku dan komen mereka.. Ahli kata jgn jadi pemalas. Mesti berprinsip dan jgn kerjasama dgn pengkhianat.

RMedia: Dlm politik bukan tempat berprinsip. Anwar baru beberapa bulan kata ada cukup SD pun bekerjasama dgn BN yg korup, khianat mandat rakyat dan mcm2 lagi. Berprinsip ke tu? Ini politik la. PAS dulu pun bukan main prinsip tapi skg boleh jadi sebahagian kerajaan tanpa PRU.

Norman: Nak buat macamana ahli parti aku kata mereka kuat asal rajin bekerja. Kenapa kau suruh bergabung?

RMedia: Aku tak sanggup tgk Najib nanti jadi PM balik (kami ketawa bersama). Cukup2lah.

(Dlm hati saya org yg tak suka PH pun tak sanggup lihat Najib jadi PM semula adakah org PH sanggup?)

Katanya dia bersetuju berprinsip bila berkuasa seperti saya sarankan seperti jgn korup, jgn ada perbezaan undang2 miskin dan kaya2, wujud kroni2 dan perkara2 negatif yg lain.

Baginya dgn kuasa mcm2 boleh buat. Malah ahli2 boleh mendapat peluang pekerjaan dari Ketua Kampung, ahli Majlis, GLC, Peg2 Kementerian, Exco dan bermacam mcm lagi utk bekerja dan perkuatkan parti. Ya saya setuju dan itulah juga kenapa saya sarankan sebelum ini. Tak apa sb ramai yg pilih berprinsip kita teruskan solo berprinsip tersebut.

Berbalik kpd BN mengapa Ismail Sabri terpaksa akur utk membubarkan Parlimen. Ismail kena akui dia hanya Naib Presiden di dlm parti. Kuasanya sebagai ketua kerajaan memang besar tetapi di dlm parti dia hanya seperti Menteri biasa sahaja di dlm kerajaan.

Di dlm mesyuarat parti kedudukan Ismail bukan di sisi Presiden. Lihat sahaja di Johor Presiden menarik tangan ‘bos ku’ utk berdiri di sebelahnya hingga terpaksa seorang PM ketepi. Ia peristiwa yg memalukan negara.

Lagi pun semua org tahu Ismail bukan fighter seperti Anwar Ibrahim. Ismail tahu tekanan di Mesyurat Tertinggi UMNO pastinya beliau akn diserang kiri dan kanan jika tidak akur kpd perintah Presiden dan Timbalannya.

Ismail boleh dikenakan ke peringkat tindakan dilucut keahlian. Pastinya Ismail tidak mahu menjadi PM yg tidak mempunyai keahlian, tiada masa depan dlm parti serta dikatakan sebagai mementingkan diri sendiri tanpa mendengar suara akar umbi.

Mungkin di kalangan Menteri UMNO yg berasa bimbang jika ia berlaku adalah KJ dan Anuar Musa. KJ adalah individu yg pertama bersuara mengenai Najib yg menjadi punca kekalahan BN pada PRU14.

Tentu team Presiden takkan lupa sikap KJ kpd hero mereka Najib. Anuar Musa juga semua org tahu sikapnya membuat Presiden terguris hingga jawatannya sebagai Setiausaha Agong UMNO digugurkan.

Lagipun Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat jelas mahukan Parlimen Rembau utk dia menduduki sekurang kurang jawatan Timbalan Perdana Menteri. Sebab itu KJ sebaik kemenangan BN di Johor dia beritahu Media PRU15 kena tunggu dulu.

Pembangkang hanya ada masa 3-4 bulan dari skg utk hadapi PRU15 berdasarkan momentum BN. BN perlu segerakan bukan sahaja seperti didakwa penganalisis politik kes membabitkan Najib dan Zahid yg sdg berjalan tetapi ini adalah masa terbaik dlm keadaan pembangkang sdg mencari formula utk bekerjasama.

BN tahu kekuatan mereka seperti dulu. Tidak kuat sepertimana di Larkin undi mereka pada PRU14 dan PRN tetap sama iaitu 16k. Mereka hanya menang kerana pembangkang terpecah byk. Pun begitu UMNO sukar digugat di sekitar 20 DUN walaupun semua parti2 pembangkang bekerjasama. Itu hebatnya UMNO di mata org Melayu.

Bagi UMNO mereka kini mengejar masa. Setiap hari adalah masa yg sgt berharga buat UMNO terutamanya buat Najib dan Zahid. Mereka juga bimbang masa lama diambil memberi peluang pembangkang berbincang mencari titik temu akn bersatu menentang mereka.

Persoalannya skg sempatkah PH pulih utk hadapi PRU15. Ada yg kata fokus PRU16 iaitu 5 tahun lagi. Nak tunggu KWSP waktu pencen ramai yg gelisah jadi adakah mampu melihat aksi2 pemimpin BN utk tempoh lebih kurang 1800 hari lagi?

Mampukah hanya dgn perkuatkan parti PH menambat hati pengundi Melayu luar bandar. Adakah benar kerana kelemahan struktur parti PH atau PKR lemah? Sdgkan pada 2008-2018 struktur parti hebat kita masih gagal menguasai undi Melayu luar bandar.

Atau kita masih merasa yakin PRU16 PH atau PKR bergerak solo mampu menang menjadi kerajaan atau kita memilih terus menjadi pembangkang yg berprinsip. Tepuk dada tanya selera…