Salah. Data membuktikan jika sekiranya Pejuang dan Warisan
menyertai PH sekali pun, tetap takkan dapat mengatasi undi BN. Ini kerana
peratusan undi yang diperolehi oleh kedua parti ini sangat sedikit.
Lebih berbahaya, kemasukan Pejuang dan Warisan ke dalam PH akan
menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli kerana terpaksa menyerahkan
kerusi kepada parti yang tiada akar umbi ini.
Gabungan yang mampu menggugat BN bukanlah antara PH dengan
parti-parti picisan ini sebaliknya penggabungan bersama PN. Bukan aku pro PN
tapi aku cuma nak jelaskan yang bergabung bersama Pejuang dan Warisan tetap
takkan menangkan PH.
Terima atau tidak, Mahiaddin punya pengaruh yang tersendiri.
Sewaktu Mahiaddin menjadi PM, ramai juga rakyat yang terpesona dengan gaya
bahasa yang ditunjuknya. Dia punyai pengikut tersendiri.
PAS juga masih mempunyai sebilangan pengikut taat yang hidup
mati mereka hanya untuk PAS. Begitu juga dengan PPBM. Walaupun pengkhianat,
masih ada Melayu yang percaya kepada parti ini.
Jadi mereka yang menolak BN akan memilih dua parti ini. Tapi
kenapa bukan Keadilan atau Amanah? Kerana kedua parti ini ada hubungan akrab
dengan DAP. Melayu yang menyokong PAS dan PPBM ada masalah kepercayaan terhadap
DAP.
Yang ingin aku tekankan di sini, dakwaan bahawa PH, Pejuang dan
Warisan kalah kerana tak bersatu adalah tidak tepat. Mahathir mengajak
penyatuan ini hanya untuk memperkudakan jentera PH.
PRN Johor hanya medan ujian bagi Mahathir untuk melihat sejauh
mana pengaruhnya masih wujud. Kini Mahathir akur dia tak punya kekuatan untuk
menangi pilihanraya, sebab itu dia hampiri PH.
Agak dungu jika PH menyambut pelawaan ini kerana PH pasti akan
terpaksa menyerahkan kerusi boleh menang kepada mereka dan mereka pula akan
menang bergaya walaupun tanpa jentera.
Pejuang akan mereput jika tanpa PH. Jadi kalau betul PH mahukan
sistem 2 parti, abaikan Pejuang. Biar mereka layu sendiri dan akhirnya mati.
Bila parti picisan seperti ini terus mati, maka sistem 2 parti pasti akan
kenyataan. Guane boh?