KEGAGALAN MEMAHAMI NADI RAKYAT ITU PUNCA

 




Guan Eng ikut kajian mana aku tak tahu. Tapi bila dia kata PH kalah dalam PRN Johor disebabkan logo, itu memang syok sendiri.

Mungkin logo ada memainkan peranan tetapi amat kecil. Yang paling benar, keyakinan rakyat terhadap PH sudah semakin pudar.

Sungguh itu tidak bermakna sokongan terhadap BN meningkat. Tetapi ia membuat semakin ramai rakyat yang menolak politik.

Rakyat ditekan dengan pelbagai masalah hidup. Bergelut dengan ekonomi. Akan tetapi ahli politik sibuk bicara soal kuasa.

Geng Zahid tak habis desak untuk adakan PRU. Geng Mahathir tak sudah serang Najib. Manakala geng Mahiaddin dengan kluster mahkamah. Dan geng Guan eng sendiri dok syok cerita soal khemah besar. Habis, siapa nak cerita isu rakyat?

Rakyat melihat ini sebagai bencana. Jika ahli politik cuma sibuk dengan kuasa, buat apa lagi rakyat hendak memilih mereka.

Guan Eng perlu sedar. Kekalahan PH adalah kerana kegagalan mereka memahami nadi rakyat. Dan ini termasuk Guan Eng sendiri.

Kalau rakyat yakin dengan PH, letak muka beruk pun sebagai logo tetap rakyat akan undi. Tapi bila rakyat sudah tidak yakin, pakai logo apa pun tetap akan ditolak dan kalah. Tambah pula dengan faktor kelemahan PH ketika 22 bulan memerintah.

Lebih malang lagi, Guan Eng masih nak bergayut kepada wajah orang yang paling dibenci oleh rakyat selama tempoh 22 bulan itu, yang banyak sakitkan hati rakyat dengan ucapan seperti Melayu malas, manifesto bukan kitab suci dan sebagainya. Rakyat nak yakin bagaimana?

Itu belum dikira berapa banyak kali pemimpin DAP keluarkan kenyataan yang menyakitkan umat Islam dan Melayu. Itu juga faktor kekalahan PH.

Paling jelas, jika orang seperti Guan Eng ini dengar rintihan rakyat, pasti rakyat akan sokong PH. Tapi Guan Eng lebih suka dengar cakap Mahathir.

Najib tampak lebih sedia perjuangkan nasib rakyat dan sebab itu, walau rakyat tahu Najib penyamun, tetap masih mahu menyokongnya.

Kembali berpijak di bumi nyata. Buang terus idea khemah besar dan tumpukan kepada isu rakyat. Pasti PH akan diterima semula. Guane boh?

Raja Gelap

.