WAHAI SEMUA SAUDAGAR DAN TAUKE SEMUA. NAK KESTABILAN POLITIK- TOLAK SEMUA KERAJAAN KHIANAT YANG ADA- UNDILAH PH-TERBUKTI KERAJAN YANG ADA INI TIDAK BIJAK.

 


Tamatkan ketidakstabilan politik, adakan PRU, kata badan perniagaan





Pilihan raya umum ‘sekurang-kurangnya akan menjadi permulaan’ untuk menamatkan ketidakstabilan politik di negara ini, kata Pengarah Eksekutif Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa (MICCI) Shaun Cheah.

PETALING JAYA: Dua pertubuhan perniagaan mencadangkan supaya pilihan raya umum (PRU) diadakan bagi menamatkan amalan politik secara keterlaluan dan meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi.

Jurucakap Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa (MICCI) dan Persatuan SME Malaysia berkata, ketidakstabilan politik yang dirasai menjejaskan keyakinan pelabur terhadap negara.

Pengarah Eksekutif MICCI Shaun Cheah berkata, pelabur domestik dan asing sama ada menahan keputusan untuk melabur atau melakukan pelaburan secara berhati-hati sehingga melihat persekitaran politik yang lebih stabil.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Nizham Abdullah Hamidi baru-baru ini bahawa politik secara keterlaluan memberi kesan buruk kepada kerajaan terutama dalam proses membuat keputusan.

Shaun Cheah.

Nizham berkata, negara-negara jiran berusaha menarik pelabur asing manakala pemimpin Malaysia sibuk berpolitik.

Walaupun Cheah mengakui bahawa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah melakukan yang terbaik untuk menggalakkan pelaburan, namun beliau mengkritik beberapa kementerian lain kerana memperkenalkan dasar yang menyebabkan pelabur hilang minat.

“Dasar bersifat populis diumumkan tanpa mengadakan libat urus dengan pihak berkepentingan selain tidak membuat pertimbangan sebaik-baiknya,” katanya kepada FMT.

“Apabila dasar dan larangan boleh dilakukan semata-mata berasaskan sentimen, bukan atas sebab ekonomi yang kukuh, ia akan mewujudkan ketidaktentuan bagi pelabur.”

Beliau mengeluh mengenai ketiadaan naratif antirasuah dan menuarakan amaran mengenai kebangkitan konservatisme di negara ini.

“Konservatisme kini menjadi trend dan tidak ada penolakan terhadapnya untuk meyakinkan pelabur asing bahawa ini adalah negara yang menghormati kedaulatan undang-undang, negara yang mempunyai dasar yang kondusif dan stabil.”

Chin Chee Seong.

Katanya, PRU “sekurang-kurangnya akan menjadi permulaan” untuk menamatkan ketidakstabilan politik.

Setiausaha Agung Persatuan SME Malaysia Chin Chee Seong bersetuju bahawa PRU boleh membawa kepada kestabilan politik.

Bagaimanapun, beliau menggesa akta antilompat parti digubal supaya kerajaan baharu dapat berkhidmat satu penggal penuh.


No comments: