DI PERSILAKAN BERAMBUS KALAU NAK BERAMBUS- PEMIMPIN SILIH BERGANTI-PENYOKONG SEMAKIN MNDEKATI.KITA TAK PAKSA JIKA MAHU PERGI

 


Tian Chua, Maria, Ambiga, nafi spekulasi sertai PBM




Naib Presiden PKR Tian Chua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Maria Chin Abdullah, dan bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenavasan, sangkal dakwaan akan menyertai PBM.

PETALING JAYA: Tian Chua, Maria Chin Abdullah dan Ambiga Sreenavasan, menafikan khabar angin mereka akan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), selain senada menggambarkan perkara berkenaan sebagai mengarut dan tidak berasas.

Tian yang juga Naib Presiden PKR, berkata dakwaan seperti itu sengaja dihebahkan.

“Bagi saya, tidak logik untuk sertai PBM sekarang. Saya tidak ikut semasa ‘Gerakan Sheraton’ dan sehingga sekarang masih memihak kepada Pakatan Harapan (PH),” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Dalam pada itu, bekas Presiden Majlis Peguam, Ambiga, berkata desas-desus itu palsu dan tidak berasas sama sekali.

“Saya tidak dapat bayangkan dari mana desas-desus ini timbul. Saya langsung tidak berminat untuk masuk mana-mana parti politik dan sangat terkejut dengan berita ini,” katanya.

Menurut laporan sebelum ini, Setiausaha Agung PBM Nor Hizwan Ahmad, berkata ramai yang menyatakan minat untuk menjadi ahli termasuk dari parti lain.

Menurutnya, ada nama-nama besar yang turut menyatakan hasrat untuk menyertai parti tersebut namun tidak dapat didedahkan ketika ini.

Pada masa ini, Presiden PBM ialah Mohamad Sukri Yusri, manakala Ahli Parlimen Julau, Larry Sng sebagai Timbalan Presiden.

Beberapa nama seperti Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamarudin, turut dikaitkan untuk mengetuai parti tersebut.

Sementara itu, dalam laporan sama, berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria, menegaskan dakwaan kemasukan ke PBM mengarut.

“Tidak betul, saya rasa lebih bagus hentikan sahaja berita palsu seperti ini kerana saya tidak akan sertai mana-mana parti.

“Mereka hendak saya ‘react’ sahaja, jangan harap berita palsu ini akan berhenti,” katanya.

No comments: