NAYA LA NAJIB- CAITRO HANG BANGGANG

 


Najib diarah fail pembelaan terhadap saman fitnah dikemuka Dzulkefly






Dzulkefly Ahmad telah menghantar notis tuntutan melalui peguamnya kepada Najib Razak, pada Jan tahun lalu.

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Najib Razak diarahkan menfailkan pembelaannya pada 17 Feb, berikutan saman fitnah difailkan terhadapnya oleh bekas Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut laporan The Edge Market, Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi mengarahkan peguam Dzulkelfy daripada Tetuan Farida & Company untuk memfailkan hujahan balas terhadap penyataan pembelaan Najib pada 3 Mac, ketika mengumumkan pengurusan kes berkenaan hari ini.

Beliau juga menetapkan 4 Mac untuk pengurusan kes selanjutnya.

Hari ini, portal itu melaporkan Dzulkefly telah memfailkan saman fitnah berjumlah RM5 juta terhadap Najib.

Saman itu difailkan berhubung catatan Najib di Facebooknya yang mendakwa bekas menteri kesihatan itu mengamalkan nepotisme membabitkan anak perempuannya, Nurul Iman, yang dilantik sebagai ahli lembaga Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), pada 2019.

Dzulkefly, dalam penyata tuntutannya yang dilihat portal berita itu, mendakwa bekas perdana menteri itu memfitnahnya dengan dakwaan dibuat dalam catatan Facebook bertarikh 24 Ogos 2020 dan Dzulkefly memaklumkan, ia dilaporkan oleh akhbar harian berbahasa Melayu.

Walaupun Ahli Parlimen Kuala Selangor itu telah menafikan dakwaan nepotisme yang menurutnya dilaporkan secara meluas oleh media, beliau berkata, catatan itu belum dipadamkan dalam Facebook Najib, setakat Nov 2021.

Dzulkefly berkata, beliau telah menghantar notis tuntutan melalui peguamnya kepada Najib pada Jan tahun lalu dan kemudiannya dijawab oleh wakil perundangan bagi pihak Najib pada Feb, menjelaskan bahawa Ahli Parlimen Pekan itu tidak melakukan apa-apa kesalahan, yang mana menyebabkan saman fitnah itu dikemukakan.

Dzulkefly juga mendakwa pelantikan Nurul dibuat sebelum beliau menjadi menteri kesihatan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan anaknya dilantik semula atau dikekalkan bagi jawatan dalam organisasi kredit mikro itu, awal tahun lalu.

“Najib dengan berniat jahat untuk memfitnah dengan membuat dakwaan tanpa pengesahan, menyebabkan hantaran itu dikongsi 970 kali oleh pengikutnya.

“Siaran Facebook itu disunting enam kali selepas itu dan ini menunjukkan bahawa beliau merancang menerbitkan artikel itu untuk memfitnah saya,” kata Dzulkelfly dalam penyataan tuntutannya.


No comments: