BERAPA KALI PENDATANG MASUK KELUAR NEGARA DENGAN MUDAH. APA POINT DIA. ?

 

Asalnya aku agak bengang bila Teresa Kok tak setuju hukuman sebat dikenakan ke atas pendatang haram yang telah ditangkap berulang kali. Tapi bila aku baca, aku rasa Teresa ada point.

Memang pendatang haram berkait isu keselamatan negara. Tapi cuba fikirkan. Bagaimana pendatang ini boleh masuk ke Malaysia? Berulang kali pulak tu! Apa masalah sebenarnya?
Jadi hukum sebat ke atas pendatang haram adalah sekunder. Yang jadi primer adalah siasat pasukan keselamatan yang gagal jalankan tugas hingga sempadan kita bebas dicerobohi.
Kenapa tiada siasatan yang ketat ke atas pasukan keselamatan kenal pasti punca kawalan sempadan longgar? Sebab kurang anggota? Kurang peralatan? Atau berlakunya aktiviti rasuah yang berleluasa?
Lagipun, kalau BN atau PN terus memerintah, ada kemungkinan rakyat kita pula bakal jadi pendatang haram di negara jiran. Sekarang pun dah ramai di Australia. Jadi sebagai persediaan, kita berbuat baiklah pada mereka. Ke guane?