KEH..KEH..KEH ...JIKA UMNO KEMBALI BERKUASA , .EVOLUSI UMNO INI YANG AKAN MEMBAWA MALAPETAKA KEPADA KITA




Jika Umno kembali berkuasa, bukan kestabilan tetapi malapetaka, kata penganalisis


BORHAN AHMAD / February 4, 2022

Penganalisis yakin jika Umno kembali berkuasa di negara ini, ia akan membawa malapetaka besar kepada negara bukannya kestabilan dan kemajuan.

Kim Quek ketika mengulas kenyataan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Khalid Nordin yang mengajak perkongsian kuasa dengan orang bukan Melayu berkata, ia hanya ucapan manis pra-pilihan raya sahaja.

“Saya boleh memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa kembalinya kleptokrat Umno bukannya akan membawa kestabilan dan kemajuan, tetapi akan membawa malapetaka lagi kepada negara,” kata beliau.

Katanya, Umno telah sinonim dengan kleptokrasi dan perkauman, sebagaimana yang ditekankan oleh parti itu melalui doktrin ketuanan kaum iaitu Ketuanan Melayu.

Bagi beliau, Umno tidak pernah bertaubat selepas kekalahan pahitnya dalam PRU14.

Ia ditunjukkan melalui penafian berterusan mereka terhadap sebarang kesalahan dalam skandal besar negara iaitu 1MDB.

Ia juga ditunjukkan pergolakan tidak henti-henti yang dibuat oleh Umno dan kuncu-kuncu mereka untuk membangkitkan ketaksuban perkauman semasa pemerintahan singkat Pakatan Harapan.

Semalam, Khaled Nordin berkata, usaha meningkatkan sokongan bukan Melayu mesti menjadi strategi paling penting bagi BN.

“Kita mesti kembali kepada formula politik berkongsi kuasa dalam semangat perkongsian yang tulen. Bukan hanya melantik seorang dua wakil bukan Melayu dalam kerajaan sebagai gambaran sebuah kerajaan yang inklusif,” katanya.

“Keterangkuman mesti bersandarkan hasrat yang tulen dan murni, bukan pementasan wayang yang olok-olok,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

 

 

No comments: