Cerita air Evian
Aku pertama kali dengar air Evian yang diimport dari pergunungan Alps pada sekitar tahun 2005. Ketika itu aku mengajar di sebuah sekolah di Jempol N. Sembilan apabila tiba-tiba pengetua memaklumkan esoknya sebuah helikopter yang membawa Menteri Pelajaran ketika itu akan mendarat di padang sekolah itu untuk pergi ke pusat kokurikulum di Sg. Jelutong, pedalaman Batu Kikir.
Oleh kerana Menteri Pelajaran dijadualkan makan tengah hari di bilik VVIP kantin sekolah, maka pihak sekolah pun bertanya SUS Menteri akan menu santapannya. SUS cakap tak kisah makanan Nogori Semilan pun, tapi air ey mosti air Evian. Ontah tak taulah SUS tu orang Nismilan atau bukan, sobab cakap nogori eh kurang monjadi..
Maka tuan pengetua pun menitahkan seorang guru pergi ke Giant Senawang yang jaraknya 50km dari sekolah untuk membeli air Evian teristimewa untuk bapak menteri bersantap.
Nah, sekarang korang baru nak heboh menteri minum air Evian dalam mesyuarat nak turunkan harga ayam RM0.20? Aku dah tahu lama menteri Be End bergaya macam tu..
Gambar di bawah: Kalau ditutup awal2 jenama air tu kan lebih baik.. teknologi viral tahun 2022 tak sama dengan tahun 2005 kann..