NABI S.A.W SENDIRI BERPESAN BERHATI-HATI DENGAN ULAMA

 

Tuan mufti, ulama memang wajar dimuliakan. Tapi bukan semua ulama. Nabi saw sendiri mengajar umatnya supaya berhati-hati dengan ulama su'.

Bahaya ulama su' ini lebih dari mubaligh agama lain kerana para ulama su' menyamar di sebalik jubah dan serban untuk mengelirukan orang awam.
Jika seorang mubaligh agama lain menyeru, orang kita ramai akan tolak. Tapi bila ulama su' yang menyeru, ramai yang jahil akan ikut tanpa ragu.
Bayangkan kalau seorang ulama menyeru supaya pengertian rasuah itu dinilai semula, mengatakan rasuah tiada dalam hudud dan yang menerima rasuah itu tidak salah. Apa akan terjadi?
Memang ramai yang kecam ulama. Tapi mereka bukan kecam semua ulama. Mereka kecam ulama su' kerana menjual agama untuk keuntungan dunia.
Bukan menolak seruan Tuan Mufti ini. Tapi baiknya jika Tuan Mufti nasihatkan sebahagian makhluk yang mengaku ulama supaya berhenti menggelar muslim yang tidak menyetujuinya sebagai kafir.
Juga sangat perlu mufti membicarakan soal orang yang mengaku ustaz tapi sibuk menyebarkan hadis palsu dan juga amalan-amalan bidaah.
Yang kami lihat, orang awam lebih aktif perbetulkan ajaran bidaah yang diajar oleh si ustaz berbanding orang agama yang kelihatan takut untuk bersuara.
Dan jangan lupa menegur para pemimpin yang rasuah, yang seleweng, yang mengkhianat dan banyak perkara mungkar yang lain.
Percayalah wahai Tuan Mufti, ulama yang dikecam oleh adalah ulama yang bisu terhadap kecurangan pemimpin. Kalau mereka berani untuk menegakkan kebenaran, nescaya mereka tidak dikecam.

No comments: