KERJAYA POLITIK ZURAIDA TAK KEMANA - JIKA KHIANAT PADA RAKYAT- AKHIRNYA RAKYAT JUGA AKAN JATUHKAN ENGKAU


 

Tiada keputusan rasmi daripada Bersatu, kata Zuraida

Oleh FAZLI RADZI / February 4, 2022

Ahli Parlimen Ampang, Datuk Zuraida Kamaruddin memberitahu tiada sebarang keputusan rasmi daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhubung kedudukannya dalam parti itu.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu tersebut berkata, beliau akan menjalankan tugasnya seperti biasa walaupun khabar angin tersebar mendakwa dia dipecat.

“Tidak ada apa-apa (keputusan) rasmi daripada parti.

“Banyak sumber berkata sebaliknya, tetapi tiada apa yang dimaklumkan kepada saya, secara rasmi atau tidak.

“Saya memerhati semua laporan itu,” kata bekas Naib Presiden PKR berkenaan dipetik TheVibes hari ini.

Dalam masa sama, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi itu memaklumkan hubungannya dengan Mahiaddin baik-baik sahaja.

Sebelum ini dilaporkan kedudukan Zuraida sebagai Ahli MPT Bersatu sejak September 2020 sedang diputuskan susulan didakwa terlibat dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Hal tersebut telah dibangkitkan dalam mesyuarat parti itu pada 25 Januari lalu tetapi setakat kelmarin dilapor tiada sebarang keputusan dibuat.

PBM yang dahulunya dikenali sebagai Parti Pekerja Sarawak (SWP) diluluskan pertukaran namanya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) kepada PBM dan perlembagaan baharunya pada 27 Oktober 2020.

Parti politik baharu yang dikaitkan dengan bekas pemimpin PKR kini diterajui Larry Sng Wei Shien yang juga Ahli Parlimen Julau, Sarawak.

Keengganan Zuraida sebelum ini mengisytihar sokongan kepada PBM mengundang persoalan banyak pihak memandangkan Larry Sng sudah mengesahkan 53,000 ahli partinya dianggotai Penggerak Komuniti Negara (PKN) yang dinaungi Zuraida.

Untuk rekod, Larry merupakan bekas Pengerusi PKR Sarawak.

Zuraida dan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali serta kumpulannya mengumumkan penyertaan ke dalam Bersatu pada Ogos 2020.

Kedua-duanya dikatakan menjadi watak penting dalam peristiwa keruntuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah Langkah Sheraton.

 

No comments: