JADI BUKAN GUAN ENG LAH YANG MENJUAL ASET KETIKA PH MEMERINTAH-DIA NI LAH ORANGNYA

 

Dulu saling bercakaran, kini dua orang penyamun duduk sebumbung dengan harmoni.. satu untuk kau satu untuk aku

😌 kembali kepada isu yang dibangkitkan Najib,
Membuktikan bahawa yang membuat segala keputusan menjual aset negara terletak dibawah Kementerian ekonomi. Dari sebelum ini kami telah tahu dan bangkitkan, Jadi mengapa kini disalahkan Kementerian kewangan dan ia tuduhan yg diulang-ulang tanpa rasa kesal memfitnah.
Utk penjualan Azmin hanya perlu merujuk PM
iaitu Tun Mahathir dan bukanya Lim Guan Eng..
mengapa masih berlegar fitnah bahawa DAP menjual aset negara?




Semasa Azmin Ali ditanya kenapa Khazanah menjual IHH Berhad kepada Jepun pada bulan Disember 2018 lalu, dia kata ini cara paling bagus untuk melepaskan aset.
Ketika itu, dia kata harga RM6.00 satu saham yang ditawar oleh Jepun adalah "premium" yang amat besar berbanding harga pasaran saham yang cuma RM5.25 masa itu.
"Very high premium" kata Azmin.
Premium apa? Sebelum PRU14, harga saham sering di atas harga RM6.00 sehingga RM6.75.
Oleh kerana bursa saham Malaysia telah menjunam selepas PH menang PRU14, harga saham IHH Berhad turut jatuh.
Orang Jepun bukan gila sehingga sanggup membeli dengan harga 14% lebih tinggi dari harga pasaran.
Mereka cuma mengambil kesempatan untuk membeli ketika pasaran saham kita lemah kerana mereka tahu IHH Berhad ini penuh potensi dan dalam fasa berkembang dengan cepat.
Apa yang berlaku selepas Azmin jual IHH Berhad kepada Jepun dengan harga RM8.42 bilion pada akhir tahun 2018 itu?
Pada bulan Februari 2019, IHH umum bahawa pendapatan untuk suku terakhir tahun 2018 telah naik 10% kepada RM3.17 bilion dari RM2.89 bilion berbanding tahun sebelum itu.
Keuntungan untuk suku ke-4 itu pula naik 403% ke RM509 juta.
Bulan Mei 2019 pula, IHH umum bahawa pendapatan suku pertama tahun 2019 naik 27.6% lagi ke RM3.64 bilion berbanding RM2.85 billion sebelum itu manakala keuntungan mereka naik 56.4%.
Minggu lepas, IHH mengumumkan pendapatan serta keuntungan suku kedua tahun 2019 naik 37% dan 12% masing-masing berbanding tahun sebelum itu.
Oleh kerana prestasi IHH Berhad amat baik dan terus berkembang sejak ianya dibina masa saya PM, para penganalis saham sekarang meramal harga saham IHH Berhad akan naik lagi ke RM7.00 pada tahun ini.
Bila harga saham sampai ke RM7.00 seperti diramal, ini bermakna keputusan PH menjual IHH Berhad dengan harga RM6.00 akan menyebabkan kerugian RM1.4 bilion untuk negara untuk tahun ini sahaja.
Tahun kemudiannya tak tahu lagi kerana IHH Berhad masih berkembang pantas.
Masa Disember tahun 2018 itu juga, Azmin kata tiada lagi jualan aset oleh Khazanah selepas menjual IHH Berhad kepada Jepun.
Asked if more Khazanah assets will be divested soon, Azmin said: "As of now, no more."
Ini satu pembohongan.
Kerana selepas menjual IHH Berhad, Khazanah jual saham CIMB dua kali, jual saham bank Filipina, jual saham TNB, jual syarikat Arab Saudi dan jual aset hartanah mereka di Singapura.
Aset bernilai RM10 bilion dijual lagi selepas Azmin kata "no more".
Jumlah nilai aset Khazanah Nasional Berhad telah naik berganda dari RM33.7 bilion pada akhir tahun 2008 kepada RM115.6 bilion pada akhir 2017 dalam tempoh saya PM.
Tapi tahun lepas, nilai bersih ini telah jatuh RM25 bilion di bawah PH.