SANGKAKAN "BUDAK" PANJAT PAGAR. RUPANYA BIAWAK BESAR

 


Sangkakan budak panjat pagar rupanya biawak ‘gergasi’


Orang ramai terkejut sangkakan budak takut anjing lari memanjat pagar. Tetapi bila didekati semua orang tergamam dengan apa yang di lihat.

Viral di sosial media apabila kedatangan seekor ‘tetamu’ gergasi yang tak diundang dirakam sedang memanjat pagar sebuah rumah yang terletak di Johor


Penduduk kediaman tersebut sangat terkejut dengan kedatangan biawak itu dan sempat mengambil beberapa keping gambar semasa kejadian serta memuat naik foto tersebut di laman sosial dengan menulis, “Anda mungkin ada memelihara anjing di rumah tetapi di sini saya mempunyai buaya ‘kecil’!”

Hanya sekilas pandang sememangnya biawak yang bersaiz besar ini boleh disalah anggap seperti anak buaya. Mana taknya saiznya yang besar untuk biawak serta warna kulitnya yang mirip buaya, mesti ramai yang rasa takut dengan haiwan ini.

Malah 2 ekor anjing di kawasan n itu juga turut datang untuk siasat tetamy yang aneh di mata mereka itu. “Tahu pun takut, ekor dah naik atas tu.. ”

Namun insiden ini ternyata telah menjadi bualan orang ramai telah jadi bahan hiburan para warganet apabila mereka mula edit gambar dan menambah dialog pada biawak itu kononnya dikatakan oleh biawak yang ‘tergantung’ di pagar rumah itu.

Menerusi komen, dikatakan akhirnya biawak itu telah berjaya melarikan diri melalui longkang semasa anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat cuba untuk menangkapnya.

Biawak yang bersaiz ini memang nampak mengerukan bagi sesetengah orang tapi sebernanya dia senang dihalau sebab biasanya memang takut dengan manusia dewasa.



No comments: