SURAT TERBUKA KEPADA SYED SADDIQ




 

Manivanan Gowin is with Napsiah Khamis Maharan.

i8S1900oam05g3ll3hgc5  · 

SURAT TERBUKA KEPADA YB SYED SADDIQ ABDUL RAHMAN – PRESIDEN @Parti MUDA MENGENAI KERUSI DUN N41 PUTERI WANGSA.

Saya selaku suara akar umbi Parti Keadilan Rakyat dengan segala hormatnya ingin membawa perhatian mengenai kerusi DUN N41 Puteri Wangsa, Negeri Johor.

Saya mengambil maklum mengenai isu bahawa kerusi DUN N41 Puteri Wangsa akan diberikan kepada parti MUDA. Saya juga akur bahawa keputusan bersama telah dibuat oleh pucuk pimpinan tertinggi Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP. Saya dengan rendah dirinya menghormati keputusan tersebut.

Namun begitu, saya ingin membawa kepada perhatian YB Syed Saddiq, rungutan dan ketidakpuasan akar umbi KEADILAN Johor dan anggota KEADILAN di seluruh Malaysia.

Pada awalnya, KEADILAN telah berhasrat untuk bertanding di kerusi DUN N41 Puteri Wangsa. Dalam beberapa siri perbincangan mengenai pembahagian kerusi Pakatan Harapan di negeri Johor, KEADILAN telah memberikan hujah-hujah supaya kerusi ini diberikan kepada calon dari KEADILAN. Walaubagaimanapun atas semangat setia kawan, KEADILAN telah memberikan kerusi ini kepada Parti AMANAH. Seterusnya pucuk pimpinan tertinggi Parti AMANAH dan DAP telah memberikan kerusi ini kepada Parti MUDA.

Untuk pengetahuan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, KEADILAN berhasrat untuk mencalonkan Ketua Wanita KEADILAN Johor, Saudari Napsiah Khamis Maharan yang merupakan anak kelahiran dan anak watan DUN PUTERI TITIWANGSA untuk bertanding di DUN tersebut. Saudari Napsiah juga telah melakukan gerak kerja di DUN tersebut dan mempunyai jentera kempen teratur yang telah diselaraskan untuk tempoh masa melebihi setahun.

Sekiranya YB Syed Saddiq menghayati perjuangan ini secara ikhlas dan jujur, seharusnya mempertimbangkan untuk memulangkan kerusi tersebut kepada, Saudari Napsiah Khamis Maharan yang telah melakukan kerja awal melebihi tempoh masa setahun secara agresif, efisien dan menyeluruh untuk memastikan kemenangan Pakatan Harapan dan/atau blok Pembangkang.

Kerusi ini merupakan salah satu kerusi yang mampu memberikan kemenangan kepada blok pembangkang. Maka, kita seharusnya mencalonkan seorang calon yang telah bekerja di kawasan tersebut dan yang mampu memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan dan/atau blok pembangkang.

Sekiranya benar, perjuangan MUDA dan YB Syed Saddiq berteraskan kefahaman strategik dan matlamat bersama untuk memastikan kemenangan bagi masyarakat Johor di negeri Johor dan membawa kestabilan politik di negeri Johor, YB Syed Saddiq sewajarnya memberikan kerusi DUN N41 Puteri Wangsa kepada Sdri Napsiah Khamis Maharan.

Hakikatnya, Sdri Napsiah merupakan calon yang mempunyai kelayakan, yang juga merupakan seorang Anak Muda dan Wanita yang mempunyai kapasiti dan kewibawaan dari setiap sudut untuk memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan dan/atau Blok Pembangkang.

Setiap pemimpin yang jujur dan ikhlas dalam perjuangan ini, sewajarnya membuat keputusan yang bernas dan rasional untuk memastikan kemenangan bersama di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sekaligus membawa kestabilan politik di negeri Johor.

Manivanan Gowin

Timbalan Ketua Penerangan Pusat

Parti KEADILAN Rakyat

10 Februari 2022 (Khamis)

#puteriwangsa

#dun41

#PRNJohor

#Napsiah

#napsiahkhamis

Pakatan Harapan

#ManivananGowin

 

No comments: