NAMA MUDA- TAPI BAB NAK HORMAT ORANG LAIN KELAUT

 ADAM ADLI TEGUR PARTI MUDA

SHAH ALAM - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak cuba untuk menggores hati dan perasan akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Menurut ahli PKR yang juga aktivis sosial, Adam Adli Abdul Halim berkata, Muda perlu 'berehat' seketika daripada mengeluarkan sebarang kenyataan atau kempen di media sosial supaya tidak menimbulkan kontroversi lagi.
Jelas beliau, parti itu telah juga tidak sepatutnya terus melakukan perkara itu selepas PKR dengan rela hati memberikan beberapa kerusi yang berpotensi untuk ditandingi oleh Muda.
"Mana-mana pihak yang mahu bekerjasama harus faham dinamik politik masing-masing dalam gabungan mahupun dalam sebuah susunan strategik seperti yang dilakukan oleh PKR dan Muda.
"Bukan sahaja kita minta hormat kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP), tetapi hormat juga kepada akar umbi yang buat kerja kerana mereka yang akan akan bertungkus lumus untuk memenangkan seseorang calon di kawasan yang ditandingi nanti," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Penerangan Muda Kedah yang menyiarkan sebuah poster kontroversi yang mendakwa parti itu tidak berintegriti sama seperti parti-parti lain.

No comments: