RAMAI PELANGGAN MERUNGUT KERANA MENERIMA PANGGILAN DARI CIMB MENUNTUT HUTANG , SEDANGKAN MEREKA TIDAK PERNAH BERHUTANG

 

Bank Negara akan ambil tindakan jika CIMB langgar peraturan



Gabenor Bank Negara Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, pihaknya meminta CIMB memastikan usaha bagi mendapatkan semula dana terbabit tidak akan menjejaskan keupayaan pelanggan mendapat akses ke atas akaun masing-masing.

KUALA LUMPUR: Bank Negara (BNM) akan mengambil langkah serta tindakan penyeliaan sewajarnya ke atas CIMB Group Holdings Bhd sekiranya terbukti berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau pengawalseliaan dalam insiden membabitkan kesilapan pemprosesan bank itu baru-baru ini.

Ketika menegaskan perkara itu, Gabenor BNM Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, ketetapan pengawalseliaan berkenaan termasuk aspek pematuhan piawaian pengurusan risiko yang boleh diterima.

“Kita sedang meneliti keadaan khusus yang membabitkan insiden tersebut,” katanya selepas mengumumkan laporan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku keempat 2021 dalam sidang media secara maya, di sini.

Malah Nor Shamsiah berkata, BNM juga telah meminta CIMB memastikan usaha bagi mendapatkan semula dana terbabit tidak akan menjejaskan keupayaan pelanggan mendapat akses ke atas akaun masing-masing, selain membolehkan pilihan munasabah untuk mereka memulangkan semula lebihan dana berkaitan.

Menurut laporan media, CIMB menjelaskan bahawa terdapat kesilapan pemprosesan dalam sistem perbankannya yang menyebabkan sejumlah akaun dibekukan dan bank itu sedang menghubungi pelanggan terbabit bagi memastikan penyelesaian secara adil serta terurus.

No comments: