Harga minyak mentah setong sekarang paling tinggi sejak 2017 - dah cecah USD93 setong.- Tapi pimpinan tak tahu buat apa apa- RAFIZI

 



Rafizi Ramli
 
Harga minyak mentah setong sekarang paling tinggi sejak 2017 - dah cecah USD93 setong.
Tapi harga petrol RON95 kekal RM2.05.
Zaman Najib Razak Mac 2017, bila minyak mentah sekitar USD50+ setong, harga petrol RON95 dah RM2.30 seliter dan dinaikkan tiap-tiap minggu.
Minyak dunia sekarang sebenarnya dah naik ~2x ganda dari 2017, tapi RON95 lebih murah dari harga RON95 masa minyak mentah murah zaman Najib dulu.
Sebabnya kita lawan untuk kembalikan formula subsidi yang Najib hapuskan dan ahli politik selepas 2018 tahu rakyat akan hukum ahli politik sekiranya terlalu megah hapus subsidi untuk rakyat biasa demi projek mewah mereka.
Nasihat saya kepada ahli-ahli politik muda, tumpukan kepada idea-idea yang boleh dilaksanakan untuk rakyat yang kesannya boleh bawa kebaikan jangka panjang. Kurangkan polemik dan berkempen retorik, terutamanya zaman media sosial sekarang.
Pentaksub Najib, Hadi dan lain-lain selalu mencemuh mengenai formula saya.
Sebab formula saya itulah mereka kekal bayar RM2.05 isi petrol pergi kempen PRN Johor. Kalau tidak mereka kena edar tin Milo untuk bayar RON95 yang harganya mungkin RM4 seliter dengan harga minyak mentah dunia yang sudah naik dua kali ganda.
Sebab itu saya biar saja mereka mengungkit pasal formula sebab saya tahu formula itu bawa banyak kebaikan kepada rakyat biasa.
Yang bahayanya bila ahli politik sibuk berkempen tetapi tiada idea untuk bantu rakyat biasa. Tanpa idea, tiadalah formula.
Tanpa formula maka kempen kosong sahaja 🤣




No comments: