JUMAAT YANG BARAKAH

 

tSmtiploltu

l401red8a
Jumat yang barakah.
Saya bawa Puan Nora untuk pergi beli peti ais kat kedai Tonmooi di Bukit Mertajam.
Puan Nora seorang ibu tunggal, anak 3 orang. Anak sulungnya, Aina merupakan anak angkat saya.
Dulu Nora kerja kilang, tapi sebab sakit saraf kini dia terpaksa bekerja di rumah menjalankan perniagaan buat kek secara kecil-kecilan. 🎂🍰
Berkat usaha dan kerajinan Puan Nora, tempahan kek makin meningkat. Tapi dia tak ada peti ais yang cukup untuk letak kek, jadi tak dapat nak amik tempahan yang datang.
Hari ini saya bawa Puan Nora untuk beli sebiji peti ais baru. Kita beli saiz yang cukup besar untuk Nora memenuhi tempahan kek supaya bisnesnya boleh meningkat lagi. Asal kos peti ais RM2600 tapi taukeh Tonmooi, Dato' Koay Ah Meng kasi diskaun, harga jadi RM1,600. ❤️
Tq Dato' yang murah hati, semoga bisnes Dato' terus berkembang maju.🤲🏽🙏🏼
Puan Nora tadi dah sebak, tapi saya bagitau perjuangannya dah separuh jalan, kini dia tidak lagi berjuang sorang-sorang, saya dan tim saya bersama dengannya. Susah senang kita harungi bersama. 💪🏽💪🏽💪🏽
Hangpa kalo nak order kek yang sedap dan cantik bolehlah contact Puan Nora kat nomor telefon: 012 454 7676 📞☎️🎂🍰
Saya dah order 3 biji kek besar nak hantaq kat Pejabat Pendidikan Daerah hujung bulan ni untuk jamuan besday bulanan bagi staff mereka. ☺️
Jalan teruih! 🇲🇾

No comments: