Inisiatif
Jelajah Johor Bangkit yang bermula esok antaranya akan menumpukan agenda
menyedarkan bangsa Johor bahawa kerajaan BN telah gagal menyediakan peluang
pekerjaan secukupnya kepada rakyat negeri berkenaan sehingga mereka terpaksa
mencari kehidupan lebih baik di Singapura.
Menurt
koordinator jelajah, Omar Mukhtar Manap, isu gaji minumum yang tidak mencapai
standard Singapaura juga akan menjadi hal yang akan dibangkitkan dalam kempen
mereka.
"Tentunya
peluang pekerjaan, sebab kita lihat ramai rakyat Johor berhijrah ke Singapura
untuk mencari peluang pekerjaan di sana
"Kedua
dari segi gaji minimum, mengapa mereka ke sana? Kerana tidak mendapat gaji yang
setimpal yang sepatutnya mereka dapat. Jadi ini perkara yang akan kita beri
penekanan," katanya dalam sidang media Angkatan Muda KEADILAN di Petaling
Jaya, tengah hari tadi.
Selain
itu, kata Omar, kesan banjir di Segamat yang masih dalam pemulihan juga akan
menjadi isu besar dan juga kesan pandemik Covid 19 yang mana banyak peniaga
gulung tikar
Seorang
lagi penggerak jelajah, Adam Adli berkata, isu isu tempatan akan turut sama
dibangkitkan dalam siri penernagan itu. Katanya, akan ada dialog bersama
penduduk tempatan dalam siri jelajah
"Pulihan
raya ini kita juga tumpu isu tempatan. Kalau kita tumpu di bandar bandar dan
kempen media sosial, belum tentu kita tahu keluhan rakyat di bawah.
"Jadi
kita adakan sesi berjumpa penduduk tempatan, perkongsian dengan mereka,"
katanya.
Menjawab
isu sokongan pengundi muda terhadap program jelajah, Omar yang juga mantan
Ketua Penerangan AMK Johor berkata, sambutan yang diterima amat
memberansangkan.
Katanya
lebih kurnag 18 NGO anak muda akan turut serta menggerakkan jelajah, sama ada
kempen bersama atau melakukan pelbagai inisiatif agar pengundi di luar Johor
pulang mengundi dalam PRN kali ini.
"Kesedaran
itu baik. Ada banyak maklum balas kita terima sebagai contoh, yang akan
menggerakkan kempen ini. Termasuk NGO yang ahlinya masih lagi belajar di sebuah
isntitusi pengajian tinggi.
"Mereka
sekumpulan mahasiswa yang akan menggerakkan usaha untuk membantu pengundi balik
mengundi bagi yang berkerja di luar
"Ini
kesedaran luar biasa kerana mereka ini baru semesta dua, semesta tiga di
universiti. Itu memberi satu isyarat yang baik," katanya lagi.