WANITA KEADILAN PAYA BESAR ZIARAH KELUARGA YANG MEMERLUKAN BANTUAN


W.FAUDZIN


Pada Isnin, 15 Nov 2021, Wanita Keadilan Paya Besar merangkap Penyelaras Dun Panching, Puan Haslindalina bte Hashim telah berkunjung ke rumah Puan Nur Salihah, di Taman Tas.
Sebelum ini, Puan Haslindalina telah menguruskan permohonan bantuan JKM buat Puan Nursalihah. Beliau tinggal bersama kedua ibu bapanya yang kurang penglihatan dan mempunyai seorang cahayamata.
Puan Haslindalina telah menyampaikan bantuan makanan, pampers bayi dan susu bayi. Alhamdulillah, bantuan JKM yang telah dipohon telah pun diluluskan dan telah diterima manakala JKM juga akan cuba mendapatkan bantuan rawatan mata buat kedua ibu bapa beliau.



No comments: