Rumah PPR Kelebang terbengkalai: Tanya Menteri BN jangan salahkan PH - Gue Teck

 

Calon Pakatan Harapan (PH) untuk DUN Kelebang, Gue Teck mengingatkan calon BN, Datuk Lim Ban Hong agar bertanya kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkenaan projek perumahan rakyat (PPR) yang terbengkalai di DUN itu serta tidak menyalahkan kerajaan PH di atas perkara berkenaan.


"Berkenaan Datuk Lim mengatakan rumah PPR adalah kesalahan atau kesilapan kerajaan PH, saya beri sedikit hujah


"Faktanya projek PPR Kelebang ini dijalankan semasa BN berkuasa pada 2016 dan disambung pula pada 2018 oleh PH


"Sebelum PH diambil alih oleh PN ia ditangguh selama 6 bulan. Tetapi selepas PN ambil alih sampai sekarang hampir 20 bulan tiada apa-apa tindakan berlaku kepada projek ini.


"Saya menyeru pihak MCA beritahu penduduk di Kelebang kenapa projek ini terbengkalai semasa pemerintahan PN. Kementerian Perumahan yang bertanggungjawab dan menterinya dari BN, YB Reezal Merican, Ahli Parlimen Kepala Batas.


"Saya harap Datuk Lim boleh tanya menteri BN dan jangan salahkan PH. Ini projek Persekutuan dan bukan projek negeri," katanya dalam sidang media, tengah hari tadi.




Sidang media itu juga, menurut Gue Teck, untuk mengumumkan pelancaran kempen stiker PH di motorsikal


Katanya, kempen itu adalah untuk menyampaikan mesej kepada pengundi yang tidak boleh dilakukan seperti biasa kerana larangan berceramah yang dikuatkuasakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Berkenaan pertanyaan pengundi mengenai Prosedur Operasi Piawai (SOP) keluar mengundi yang ketat, Gue Teck menasihatkan mereka agar tidak khuatir kerana SPR telah bersedia menguruskan pengundi pengundi pada 20 November ini.


"Baru-baru ini terdapat banyak panggilan telefon dari orang ramai berkenaan hari menundi. Mereka bimbang dengan pandemik yang melanda Melaka masih belum reda, maka kita bimbang peratusan mengundi tidak tinggi berbanding PRU.


"Pada masa sama banyak pengundi Melaka yang bekerja di Singapura tidak dapat balik menundi. Maka sekiranya orang tempatan juga tak ambil berat maka memang akan menjejaskan peratusan mengundi.


"Kita juga difahamkan SPR mengambil berat (SOP) hal ini. SPR juga mengambil langlah sepatutnya, di mana jika pengundi bersuhu 37.5 atau ada selsema dan batuk-batuk mereka akan diasingkan ke bilik khas mengundi.


"Kedua, kalau kita buat carian di google kita boleh dapat masa mengundi digalakkan SPR pada pukul 10 hingga 12 tetapi bukan bermaksa selepas itu tidak boleh mengundi. Itu adalah masa terbaikyang disyorkan


"Saya juga difahamkan semua pengundi diberi sarung tangan untuk jaga keselamatan. Maka saya menyeru orang ramai agar keluar mengundi beramai-ramai," katanya lagi


Pada sidang media yang dipengerusikan oleh ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing itu juga diperkenalkan seorang anak muda Young Jie Yu (gambar, kanan) yang bekerja di Singapura dan mengambil keputusan untuk bercuti agak panjang demi tidak terlepas peluang mengundi yang menentukan masa depan Melaka.


Young menyeru anak rantau Melaka yang bekerja di luar negeri agar pulang pada 20 November menunaikan tanggungjawab masing masing.