Beri sokongan kepada Farzana Hayani - Nurul Izzah

 

PRN Melaka: Aspirasi Calon PH Lebih Dekati Rakyat | SumberKini


Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar tidak ketinggalan dalam memberikan sokongan kepada calon-calon Pakatan Harapan (PH) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sejak minggu lalu.


Beliau sempat memberi mesej kepada pengundi DUN Sungai Rambai supaya memberikan sokongan calon PH, Farzana Hayani Mohd Nasir.


“Nana banyak berkongsi kisah beliau yang didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan semenjak di bangku sekolah lagi.


“Kini beliau memilih untuk membawa suara anak muda dan mahasiswa atau mahasiswi ke peringkat negeri.


“Sempat berkongsi bahan bacaan dari Permatang Pauh buat anak-anak Sungai Rambai yang kami ketemui.


“Jangan lupa buat warga Melaka, ikuti SOP yang ditetapkan ketika hari mengundi nanti. Saya mendoakan kejayaan buat calon nombor 2, Farzana, insya-Allah,” katanya.

No comments: