Banyak perusahaan tutup, kadar pengangguran naik mendadak, gaji
minimum RM1,200 sebulan pun tak tercapai, tiba-tiba nak pendapatan isi rumah
purata sebulan RM10,000. Wow...
Masalah ekonomi tu satu hal. Yang jadi isu lebih besar, dengan
sebegitu banyak masalah yang ada, tak kedengaran lagi pelan pemulihan yang
mapan yang telah digariskan oleh kerajaan.
Sebab itu aku kata mimpi. Kalau bukan mimpi pun, menipu. Kenapa
letak 2025? Supaya nanti bolehlah gosok cerita dongeng ini belakang pengundi
bodoh untuk terus undi mereka.
Usah cerita 2025 la... Cerita yang dia, tiga bulan mendatang ini
bagaimana mahu bantu rakyat survive. Itu dulu kemudian baru cerita yang jauh
sikit. Baru nampak real.