KENYATAAN MEDIA - MENYOKONG AGAR LOGO KEADILAN DIGUNAKAN PADA PRU15

 

Menyedari PRU15 bakal diadakan sebaik sahaja pandemik Covid19 berakhir, maka Pakatan Harapan telah pun memperkemaskan jentera masing-masing dan persiapan dari semua aspek harus ditingkatkan mulai sekarang.

Pada PRU14 yang lalu, logo Keadilan telah dipersetujui bersama untuk digunakan mewakili Pakatan Harapan sepanjang kempen, dan Alhamdulillah, Pakatan Harapan telah mencipta sejarah memenangi PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan. Keserasian logo Keadilan yang digunapakai telah membantu kemenangan Pakatan Harapan kerana Keadilan merupakan satu-satunya parti yang memiliki jentera dan Cabang di kesemua 222 kawasan Parlimen termasuk di Sabah dan Sarawak. Penggunaan logo ini tidak mendatangkan masalah kerana logo ini telah lama dikenali samada di Semenanjung mahu pun di Sabah dan Sarawak

Meskipun Pakatan Harapan telah mempunyai logonya tersendiri, namun logo ini masih belum dikenali ramai terutamanya di kawasan-kawasan pendalaman di Semenanjung lebih-lebih lagi terlalu asing di Sabah dan Sarawak. Memandangkan PRU15 begitu hampir, Pakatan Harapan begitu kesuntukan masa untuk memperkenalkan logo Pakatan Harapan dan sudah tentu akan mendatangkan risiko sekiranya logo ini digunapakai sewaktu PRU15 nanti. InsyaAllah, sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15, maka kita mempunyai banyak masa dan peluang untuk memperkenalkan logo Pakatan Harapan untuk digunakan di dalam mana-mana PRK selepas itu seterusnya pada PRU16.

Sehubungan itu, kami mencadangkan agar Pakatan Harapan dapat membuat keputusan agar logo Keadilan digunakan bagi mewakili Pakatan Harapan berdepan dengan PRU15 nanti. Kami percaya, semua parti di dalam Pakatan Harapan akan bersikap terbuka dan tidak prejudis terhadap cadangan ini demi merealisasikan kemenangan seterusnya membawa agenda reformasi yang kita impikan bersama.

Semoga pandangan kami yang mewakili suara di akar umbi ini akan mendapat perhatian serius dan pertimbangan yang sewajarnya.

26 September 2021

Ditandatangani bersama:

YB LEE CHEAN CHUNG

Ketua Cabang Indera Mahkota

WAN FAUZULDIN BIN WAN SAMAD

Ketua Cabang Paya Besar

MOHD KAMAL BIN YUSOF

Ketua Cabang Pekan

JAMAL BIN MASRI

Ketua Cabang Rompin

BOSTAMIN BIN BAKAR

Ketua Cabang Maran

BOB MANOLAN MOHAMAD

Ketua Cabang Bera

MOHAMAD HAFEZ BIN HARUN

Ketua Cabang K.Krau

SHANMUGANATHAN AL MUNIANDY

Ketua Cabang Bentong

TAN WEI WUN

Ketua Cabang Cameron Highlands

SIVANANDAR AL GENAPATHY

Ketua Cabang Raub

ZULFIKAR BIN ALI ARIFFIN

Ketua Cabang Temerloh

MOHD MUSTAQIM BIN ABD JALIL

Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang

BARIRAH BTE MOHD MOKHTAR

Ketua Wanita Keadilan Pahang

 

No comments: