BAGAIMANA NAK PERCAYAI SPRM BILA KP TIDAK AMBIL CUTI

 

Kedua-dua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis perlu beri penjelasan mengenai kehilangan barang kes rasuah yang melibatkan wang tunai USD 6 juta.

Azam Baki mendapat tekanan daripada orang awam supaya mengambil cuti rehat bagi memastikan bahawa tidak ada campur tangan dalam siasatan SPRM berikutan penangkapan tiga pegawai kanan SPRM kerana penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan berhubung kehilangan barang kes berjumlah USD6 juta (RM25 juta) milik bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia, Hasanah Abdul Hamid.

Ini telah mencetuskan persepsi negatif dan kecurigaan orang awam terhadap campur tangan pada tahap tertinggi, ketika pegawai SPRM yang didakwa terlibat dalam kehilangan barang kes, telah direman 12 hari yang lalu dan SPRM hanya mengeluarkan kenyataan rasmi setelah tempoh reman berakhir.

Ini berbeza dengan amalan SPRM yang sengaja dan cepat mendedahkan maklumat kepada media mengenai ahli politik pembangkang yang telah menolak untuk menyokong kerajaan, bahawa mereka telah ditahan atau akan didakwa di mahkamah di kemudian hari.

Bagaimana SPRM boleh dipercayai untuk menyiasat dirinya sendiri di atas kesalahan jenayah tersebut?

LIM GUAN ENG

Setiausaha Agung DAP.






No comments: