JANGAN DENGAR NUSI. DIA SUKA MELAWAK DAN MENDAKWA YANG BUKAN BUKAN.DEMIKIANLAH NUSI

 


‘Pelik Sanusi, belanja rakyat bising, BN habis berjuta ringgit untuk ekspo, kenapa diam?’

Minggu lepas hangat diperkatakan dakwaan oleh Menteri Besar (MB) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor mengenai wang milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah berjumlah RM13 juta semasa Datuk Mukhriz Mahathir menjadi MB dipindahkan ke sebuah akaun bank di Kanada serta beg untuk kuih raya yang juga didakwa lebih mahal daripada isinya yang mencecah nilai hingga RM1.3 juta.

Menjawab dakwaan tersebut, Mukhriz telah mencabar Sanusi supaya membuat laporan polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan terbabit.

Terkini, dakwaan Sanusi diperjelaskan dengan panjang lebar oleh Mukhriz bahawa belanja besar waktu tersebut juga untuk membantu rakyat termasuk barisan hadapan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Covid-19.

“Sanusi mungkin tersilap kerana ketika itu adalah April 2020, bulan Ramadan dan tidak pernah menempah kuih raya sebanyak didakwa dan yang ditempah hanyalah kuih raya untuk diedarkan kepada kakitangan pejabat sahaja serta tidak sampai RM1.3 juta.

“Apa yang pejabat MB lakukan ketika itu ialah menyediakan beg bantuan barangan runcit untuk rakyat yang terkesan dengan Covid-19 semasa PKP 1.0 dan setiap beg bantuan bernilai RM35 serta setiap kawasan DUN diperuntukkan 1,000 beg.

“Kesemua 36 kawasan DUN menerima 36,000 beg bantuan termasuk kos penghantaran ke semua Pusat Khidmat Adun dan Penyelaras Dun di seluruh Kedah termasuk Langkawi,” ujar beliau melalui hantaran di Facebook Mukhriz Mahathir FC.

Manakala barangan runcit yang terdapat dalam setiap beg bantuan itu pula katanya mengandungi sebotol kordial, sekilogram beras pulut, dua kilogram tepung, dua kilogram gula pasir, sebotol minyak masak, sepaket kopi dan sebungkus bihun.

Selain itu jelasnya, beg ‘non-woven’ untuk mengisi barangan itu pula bernilai RM2.60 setiap satu dan sebanyak 36,000 beg digunakan untuk mengisi barang-barang dan bakinya disimpan di pejabat MB bagi kegunaan masa depan.

Ia kemudian di bawa ke mesyuarat Exco oleh pentadbiran baharu yang telah diluluskan pada November 2020 dan selesai pembayarannya, jelas Mukhriz.

Persoalan yang timbul, ujarnya, apakah ia satu kesalahan sekiranya pejabat MB ketika itu turut menyediakan makanan dua kali sehari kepada lebih 1,500 barisan hadapan Kedah bagi tempoh sebulan termasuk PDRM, RELA, ATM dan lain-lain agensi termasuk hospital yang turut menerima pek makanan tersebut.

“Sanusi berbangga dengan duit simpanan negeri Kedah yang kini berjumlah RM660 juta sedangkan sejak menjadi MB selama 17 bulan, hanya RM34.2 juta sahaja yang dibelanjakan untuk rakyat Kedah sedangkan perbelanjaan negeri-negeri lain telah pun mencecah ratusan juta ringgit. Maka, itu tidak hairanlah Kedah masih lagi berada dalam Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara.

“Sanusi juga jangan berbangga apabila Zakat Kedah membelanjakan RM48 juta untuk bantuan kepada rakyat semasa pandemik kerana itu merupakan duit zakat yang asalnya adalah duit rakyat dan bukannya hasil kutipan kerajaan negeri.

“Pelik juga Sanusi, apabila orang berbelanja untuk rakyat dia bising, sedangkan pada tahun 2018 dahulu, semasa BN berbelanja berjuta-juta untuk penganjuran Ekspo Muafakat Kedah, beliau tidak pula bising, kenapa agaknya?,” soal Mukhriz lagi.

No comments: