BANYAK KES LEBAI SONGSANG UNTUK DI KETENGAHKAN

 


May be an image of 1 person and text that says "malaysiakini Bukan mahu buka aib apatah lagi jadi hero- Firdaus "Bayangkan, kalau seorang agamawan A melakukan satu perkara terkutuk, lalu yang membawa isu ini adalah golongan liberal yang tak suka kepada Islam," kata pendakwah bebas itu. SEPTEMBER 26, 2021 AT 3:06 PM Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempertahankan tindakannya mendedahkar kontroversi salah laku yang didakwa melibatkan seorang pendakwah ternama."


Aku bukan sokong Ebit Lew. Orang yang ikut page aku pun tahu, aku memang skeptikal dengan para lebai sekalian. Aku tak sedikit pun ada keraguan yang Ebit boleh buat apa yang diperkatakan. Dia manusia, lelaki, sihat dan masih muda lagi. Dan memang syaitan suka orang macam ni.

Dan aku pun bukan marah orang yang dedahkan hal ini. Kalau benda jahat, kita kenalah beritahu orang awam supaya bilangan mangsa tidak bertambah. Tapi itupun kalau berita yang pastilah. Kalau tak pasti nanti takutnya jadi fitnah.

Cuma yang aku pelik, kenapa tiba-tiba kes Ebit Lew yang dipilih untuk dihighlight. Iyalah, berita lebai songsang ni bukan benda baru. Dah banyak. Mudir tahfiz meliwat pelajar pun kita selalu dengar. Ustaz yang konon pandai mengubat tapi gunakan proses mengubat untuk merogol pun ada.

Itu belum cerita ulama yang bermessenger dengan isteri orang siap tunjuk kemaluan. Ajak pulak perempuan tu pergi check in hotel untuk berzina. Yang aku pelik, masa kes-kes ini, yang hero-hero ini semua senyap. Tak ada bersuara langsung. Tapi bila tiba kes Ebit ni, rancak pulak dia.

Aku tak follow pun cerita Ebit ni. Tapi yang aku tahu katanya dia goda ikut WhatsApp. Aku tak pastilah kalau ada perbuatan berbentuk fizikal. Tapi fizikal atau tidak, goda isteri orang tu memang kerja salah. Kalau ikut filem P. Ramlee, sula je orang yang ganggu isteri orang ni.

Tapi yang aku persoal, kes ustaz liwat pelajar tahfiz, telah berlaku penetrasi. Tidak pula dia cakna. Masa tu tak pula kata kalau orang liberal yang bawa kes ini. Kenapa ekkk? Apa istimewa kes Ebit Lew berbanding kes liwat pelajar yang lebih besar itu?

Dan situlah persoalan aku. Bukan aku tak percaya Ebit Lew boleh buat benda terkutuk tu. Selagi dia bernama manusia, dia terdedah kepada dugaan syaitan. Kalau aku ada di tempat dia pun mungkin aku jadi macam dia. Aku sendiri tak berani nak kata aku takkan jadi seperti itu.

Cuma aku pelik kenapa kes ini yang dia bersungguh sungguh. Itu sahaja. Masa kes pelajar perempuan diugut rogol, dihina secara seksual oleh gurunya tak pula dia bersuara. Jadi aku sebenarnya lebih sangsi niat jenayah ini dibuka. Bukan sangsi ia benar. Tapi sangsi kalau pendedahan ini ikhlas.

Itu je...

Raja Gelap

.