JIKA ANDA BOLEH MELIHAT RAKYAT DALAM NEGARA ANDA BEGINI..MAKA ANDA ADALAH PEMIMPIN YANG AMAT LEMAH
Hanya Beralaskan Kotak, Ibu Leka Timang Anak Bawah Jejantas Undang Sebak..
Kebahagian
seseorang itu bukanlah terletak pada kekayaan ataupun kesenangan di dunia
semata-mata. Apa yang lebih penting ialah hubungan kekeluargaan yang kekal utuh
walau apa jua keadaan sekalipun. Tular di media sosial dua gambar yang
memaparkan seorang gelandangan wanita sedang bergurau dengan anaknya di bawah
jejantas dengan hanya beralaskan kotak.
Walaupun
tidak dikurniakan harta berjuta, mereka mampu hidup bahagia dalam dunia mereka
sendiri. Kereta yang bertali arus tidak dihiraukan seolah-olah ianya tidak
wujud. Gambar tersebut sedikit sebanyak telah menyentuh hati netizen.
Rata-ratanya
mengambil ia sebagai satu iktibar agar sentiasa memberikan kasih-sayang yang
terbaik kepada anak-anak walaupun hidup serba kesusahan mahupun sibuk dalam
mencari rezeki.
Sumber:cempedakchess