HANG LEMAH AZMIN..PENANG FDI MASUK MUDAH SAJA...AWAT MASA HANG PEGANG NAK KAJI BAGAI...LEMAH..LEMAH..MACAM JKOM GAK

 


Kerajaan akan teliti kerenah birokrasi berhubung FDI




Azmin berkata, kementeriannya akan meneliti punca masalah kelewatan pelaburan berbilion ringgit selama dua tahun di Lahad Datu, Sabah.

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Azmin Ali berkata, beliau akan meneliti punca yang menyebabkan kelewatan pelaburan berbilion ringgit selama dua tahun di Lahad Datu, Sabah.

Menjawab pertanyaan Redzuan Yusof (PN-Alor Gajah), Azmin berkata, pelaburan asing menunjukkan peningkatan dalam tempoh separuh pertama tahun ini berbanding Jan hingga Jun tahun lalu.

Redzuan meminta penjelasan mengenai pelaburan berjumlah RM10 bilion yang tertangguh di Lahad Datu sejak 2019 dan mempersoalkan sama ada terdapat projek lain yang terbiar akibat kerenah birokrasi.

Azmin berkata, beliau akan meneliti punca masalah kelewatan itu selain memastikan koordinasi antara pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan persekutuan supaya pelabur asing boleh memulakan projek secepat mungkin.

Beliau memberi contoh syarikat berteknologi tinggi AT&S di Kulim, Kedah yang akan segera beroperasi selepas 10 bulan memfailkan permohonan mereka.

Redzuan turut bertanya mengenai peluang pekerjaan yang disediakan oleh pelabur asing dan Azmin sekali lagi merujuk AT&S, iaitu syarikat teknologi Austria yang akan memulakan operasi di Kulim menjelang akhir tahun ini.

Azmin berkata, AT&S akan melabur sebanyak RM10 bilion dan mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan termasuk kepada jurutera tempatan.

Menteri itu turut menafikan bahawa negara hilang daya saing untuk menarik kemasukan pelabur asing dan menjelaskan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada 69% dalam tempoh separuh pertama tahun ini kepada RM107.5 bilion berbanding RM63.3 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai pelabur asing yang meninggalkan negara, Azmin berkata, mereka memindahkan operasi ke negara-negara lain disebabkan pelbagai faktor termasuk upah lebih rendah, permintaan domestik dan ketersediaan bahan mentah.

Katanya, terdapat juga pelabur yang berbuat demikian disebabkan pelan rasionalisasi yang dilaksanakan di bawah syarikat induk dan bukan kerana “persekitaran tidak kondusif”, sambil menegaskan negara kekal berdaya saing apabila berjaya naik dua anak tangga dalam penarafan “World Competitiveness Ranking” tahun ini.

No comments: