Hahaha... Terasa ke?

 

Jangan duduk dalam group yang caci maki ulama, kata Dusuki ketika TH rai kejayaan

malaysiadateline.com
Jangan duduk dalam group yang caci maki ulama, kata Dusuki ketika TH rai kejayaan
Ketika Tabung Haji meraikan kejayaan mereka selepas Ketua Audit Negara mengeluarkan laporan untuk 2019, ulama Pas, Dusuki Rani memberikan ingatan kepada pengikutnya agar jangan duduk dalam group yang mencaci maki ulama. “Sejak kebelakangan ini banyak sangat orang yang takda kerja lain…. serang o...



Hahaha... Terasa ke?

Jap... Jap... Dia ni ulama ke? Entah la. Ulama tu kata jamak bagi orang alim. Iaitu orang yang punyai ilmu yang tinggi terutama dalam bidang agama.

Sebenarnya betul kita tak boleh caci ulama. Tapi ulama yang mana? Ulama yang bawa bersama mereka kebenaran. Bukan ulama yang membawa bersama mereka fitnah dan penipuan.

Sebab ulama pun ada yang suu. Iaitu ulama jahat. Ulama suu ni, Nabi saw pun kutuk. Jadi bukanlah kesalahan kalau kita nak caci perbuatan ulama suu sebab mereka mencemarkan nama Islam.

Ulama dikatakan pewaris Nabi saw. Betullah. Tapi bukan semua ulama. Yang dikatakan pewaris Nabi saw mestilah yang mewarisi sifat Nabi saw. Benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana.

Kalau seorang ulama itu pembohong, atau tidak amanah, atau tidak menyampaikan (ilmu dan dakwah), maka bukanlah dia pewaris Nabi saw. Apatah lagi kalau bodoh, sahlah bukan ulama.

Orang kutuk ulama bukanlah kerana ulama itu betul. Tapi kerana ulama itu tidak bersifat ulama. Cuba kalau ulama itu jujur dalam menyampaikan ilmu, nescaya dia akan dikasihi oleh umat.

Jadi kalau tak mahu dikutuk, maka janganlah ulama berbuat perangai keji. Jangan memfitnah. Sebab perbuatan fitnah itu lebih keji daripada membunuh.

Membuat fitnah itu satu hal. Mungkin boleh dikata terdorong dengan rasa marah dan kurang tahu. Tapi bila dah tahu kebenaran, kenalah minta maaf. Kalau tak minta maaf, itu menunjukkan sifat ego.

Ego atau sombong itu bukan sifat Nabi saw tapi sifat syaitan. Jadi bukanlah dia pewaris Nabi saw tetapi pewaris syaitan. Begitu.

Satu lagi, janganlah suka anggap puak kita saja ulama. Puak kita saja tak boleh dikutuk. Kalau yang tak sehaluan dengan kita, walaupun jelas alim, tak mahu kata ulama malah boleh pula dicaci maki.

Contoh Dr. Rozaimi, ulama hadits. Tapi dek kerana Dr. Rozaimi tak berpihak kepada puak itu, keraplah Dr. Rozaimi dicaci. Eh tak dibela pula. Tak pula marah ulama dicaci maki. Yang ini tak betul la...

Aku pun tak suka ulama dihina. Tapi ulama yang benarlah. Kalau ulama suu, wajib kita kritik dan nyatakan kebenaran. Kerana jika tidak, habis akidah umat Islam terpesong olehnya.

Raja Gelap

 

No comments: