RASUAH ITU SUKA SAMA SUKA DAN IA TIDAK DIBAWAH HUDUD?

 




LIYANA MARZUKI

Ada politikus mengaku ulamak keluarkan dalil “Rasuah tu bukan mencuri. Ianya jadi sebab suka sama suka. Bukan bawah hudud pun.”.

Pengsan kita dengar! Sampai begitu sekali dalil yang keluar. Dulu dah lah keluar amanat sesat untuk kafir mengkafir sesama bangsa. Takkan kita lupa.

Harapnya jenis politikus ulamak macam ni cepat pupus. Kalau ada pun lagi jahanam negara dibuatnya.

Kita tengok jenis rasuah dan salah guna kuasa yang ada:

1. Macau Scam: tipu orang kampung, tipu orang pencen, sampai papa kedana. Ada yang bunuh diri.

2. Kartel daging: campur daging halal dan haram. Bagi umat Islam makan.

3. Kartel projek Kerajaan, RM3.4 billion projek, banyak yang dinaikkan kos untuk rasuah pegawai Kerajaan. Buang begitu saja hasil Kerajaan.

4. Projek Air Sabah, berjuta2 di rampas. Cuba tengokkan macam mana bekalan air di sana. Adakah bertambah baik?

5. Kartel IC- bagi bukan warganegara masuk sewenang2nya. Tambahkan kes jenayah sosial dalam negara.

Tengokkan lah, implikasi rasuah pada masyarakat. Kalau mencuri sardin, hukumnya potong tangan. Kalau rasuah di atas macam mana pula? Takkan la dibiarkan?

Pada saya, sikap tidak apa pemimpin dan orang agama terhadap rasuah ini lah punca utama. Dah jadi barah yang sukar dibendung.

Tengok la sekarang, sampai ada pegawai SPRM pun perangainya hampeh. Dirembatnya duit rampasan kes untuk hidup mewah.

Tapi di Malaysia, yang dispin dan dikompang, isu retorik bangsa dan agama. Ditunggang habis2an. Rasuah ini dinormalisasikan, macam dosa kecil dan tiada kesan.

Tujuannya satu, buat Rakyat pecah belah, hanya bergantung pada mereka. Dalam diam, mereka senang lenang merembat habuan dunia.

Selagi mana kita terbuai dengan retorik politik agama dan bangsa, dan terus menerus membela politik salah guna kuasa, sampai bila la Malaysia tak ke mana.

Ingat lah pesan Ibnu Khaldun, dalam Muqaddimah. Sejak dari zaman dulu kala, rasuah dan salah guna kuasa yang meranapkan empayar.

Tolaklah politikus musibat yang merompak negara. Mereka guna politik agama dan bangsa untuk senyapkan kita.

 

No comments:

(function() { var d = document, w = window; w

Pakatan Harapan: Pembentangan Bajet PH Kepada Media