REPORT : RASA RASANYA SI ANNUAR MUSA NI ADA KES LAMA DENGAN MARA-KALAU ADA PENERANGAN JELAS ...DIMANA DIA BERADA..PASTINYA ADA KESAN SAMPINGAN

 

Ahli Amanah buat laporan SPRM terhadap bekas menteri Wilayah Persekutuan



Ketua Amanah Bahagian Bandar Tun Razak Hayatul Kamil Termudi (tengah) selepas membuat laporan di di pejabat SPRM di Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR: Seorang ahli Amanah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkait dakwaan mengatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa membantu dalam pemberian sebidang tanah kerajaan kepada sebuah syarikat swasta ketika masih menjadi menteri Wilayah Persekutuan.

Ketua Amanah Bahagian Bandar Tun Razak Hayatul Kamil Termudi mendakwa Ahli Parlimen Ketereh itu mengeluarkan sepucuk surat sokongan kepada syarikat swasta terbabit.

Hayatul berkata, salah seorang daripada pengarah syarikat itu mempunyai hubungan saudara dan jiran kepada Annuar.

“Saya percaya Annuar menyalah guna kedudukan sebagai menteri dengan memberi surat sokongan,” katanya kepada pemberita di pejabat SPRM pagi tadi.

Menurut Hayatul, tanah berkeluasan 2.9 ekar itu terletak di Lot 131, Jalan Peel, Kuala Lumpur.

Katanya, syarikat terbabit tidak layak untuk memperolehi tanah berkenaan kerana ia tidak “mempunyai modal yang baik” untuk melaksanakan sebarang projek di tapak berkenaan.

“Syarikat swasta itu tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pembangunan hartanah dan hanya mempunyai modal berbayar sebanyak RM100,” katanya.

Bagaimanapun Hayatul berkata, Annuar telah mengeluarkan satu lagi surat lain baru-baru ini yang menarik sokongan kepada syarikat itu selepas menerima kritikan daripada ahli politik, badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa pihak berkepentingan lain.

“Saya bimbang sekiranya surat terbaharu itu dikeluarkan terlalu lewat dan syarikat telah pun diberi tanah terbabit.”

Beliau menggesa menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Shahidan Kassim untuk meneliti dakwaan itu.

FMT tidak mendedahkan nama syarikat sementara menunggu ulasan mereka selain telah menghubungi Annuar untuk mendapatkan komen beliau.

No comments: