YANG DITUNGGU TIADA APA TIBA


No photo description available.


ADAKAH dengan mengetatkan SOP ni akan mengubah keadaan yg parah? Darurat pun tak menurunkan angka inikan setakat SOP separuh masak #KERAjaanPNGagal? #PNGAGAL #CuriTokrasi

***************************

YANG DITUNGGU TIADA APA TIBA

Sejak dari semalam rakyat tunggu apakah tindakan atau usaha kerajaan untuk membendung Covid-19 yang kian kritikal kini. Mulanya orang mengira kerajaan akan mengadakan PKP atau lockdown total kerana itu langkah terbaik untuk memutuskan rantaian Covid.

Tetapi tidak apa diumumkan. Mahiaddin Md Yassin sendiri tidak berani mengumumnya dan diserahkan kepada menteri kanan kiri, Ismail Sabri Yaakob. Mungkin takut dijuah rakyat, kok.

Baru sekejap tadi Ismail mengumumkan apa yang ditunggu itu. Ia tidak ada apa-apa tindakan drastik atau lebih signifiken melainkan memendekkan waktu perniagaan, restoran, gerai makan dan lain-lain dari jam 6 pagi hingga 10 malam sebelum ini kepada 8 pagi hingga 8 malam sahaja. Apakah dalam tempoh empat jam itu ia dapat memutuskan rantaian Covid?

Lain-lain berhubung dengan industri dan perdagangan akan diumumkan oleh menteri kanan kiri lain. Kerja di rumahnya diperluaskan kepada kakitangan kerajaan.

Berpandu kepada disebut Ismail tadi, tidak ada apa-apa perubahan atau pengetatan SOP seperti diuar-uarkan. Kerajaan nampak masih bermain "tom tom bak mak ayam dedir" dalam kes Covid ini. Tidak lebih daripada itu. Jelas sangat kerajaan sudah terkuncil dengan masalah kewangan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat.

Saranan dan cadangan pembangkang supaya strategi pemberian vaksin kepada rakyat tidak disentuh langsung. PH dalam satu kenyataanya mencadangkan kerajaan mansuhkan strategi pemberian dos kedua kepada yang telah menerima dos pertama sebaliknya konsentrek pemberian dos pertama kepada semua rakyat. Langkah itu bagi memastikan lebih rakyat mendapat perlindungan dengan vaksin.

Kerajaan sedikit pun tidak peduli dan mengambil kira pandangan, cadangan dan teguran pembangkang. Inilah ego yang sukar untuk dibuang daripada para pemain politik. Cis.

Pengumuman Ismail Sabri hanya jadi wal hasil balik asal, wal hasil tak ada hasil... yang ada hanya pasir. Trims.