KAYU BALAK SAIZ LUARBIASA YANG MENCURIGAKAN.



Gambar ini dirakam pada jam 5.50 petang tadi (Ahad 23 Mei 2021) di R&R Temerloh Arah Barat, Lebuhraya Pantai Timur (LPT).


Tak pasti pokok balak spesis apa tetapi sekali pandang nampak macam Chegal.


Yang menjadi kemusykilan:


1. Pokok balak saiz ini hanya ada di kawasan hutan simpan yang dilindungi sepenuhnya.


2. Trailer yang membawa balak ini tidak menunjukkan plat lesen pembalakan seperti kebiasaannya.


3. Balai Pemeriksaan Hutan ditutup hari Ahad. Jadi bagaimana balak sebesar ini boleh lepas tanpa pemeriksaan atau bayaran cukai?


4.  Trailer yang membawa balak ini terus meninggalkan R&R Temerloh sebaik sahaja menyedari gambarnya dirakam.


5. Mustahil tidak satupun pasukan Pihak Berkuasa termasuk JPJ dan Polis Peronda Lebuhraya tak nampak lori balak sebesar ini?

#wartawantua

#alammarhaen

No comments: